Wednesday, August 08, 2012

Kahwin Sejenis: Masyarakt M'sia Brcelaru Kerana...


Ngeo Boon Lin bersama pasangannya dari New York, Phineas Newborn III menuangkan minuman keras pada majlis resepsi perkahwinan mereka di Kuala Lumpur, kelmarin. – AGENSI  . Berita sebelum ini, KL 6 Ogos – Paderi gay rakyat Malaysia yang ‘berkahwin’ dengan teman lelakinya di New York pada tahun lalu, mengadakan majlis resepsi di sini kelmarin. Ngeo Boon Lin dan pasangannya, Phineas Newborn III dilaporkan memenuhi janji mereka untuk mengadakan majlis tersebut di tempat kelahirannya di sini.

KUALA LUMPUR — Rakyat Malaysia tanpa mengira agama dan kaum perlu membantah amalan budaya songsang iaitu perkahwinan sejenis yang boleh menjejaskan institusi kekeluargaan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, bagi tujuan itu, penganut pelbagai agama di negara ini perlu membuat kenyataan bersama bagi membendung gejala negatif tersebut.
Masyarakat Kristian di Malaysia juga tidak bersetuju dengan perkahwinan sejenis, katanya mengulas penganjuran majlis resepsi di ibu negara baru-baru ini bagi meraikan perkahwinan sejenis antara paderi gay beragama Kristian yang juga rakyat Malaysia, Ngeo Boon Lin dengan teman lelakinya seorang penerbit muzik, Phineas Newborn III di New York, Amerika Syarikat tahun lepas.

"Kejadian ini seumpama memberi gambaran masyarakat Malaysia kini dalam keadaan bercelaru (mengamalkan budaya songsang) sehingga sanggup meraikan perkahwinan sejenis, yang jelas motif mereka adalah memperjuangkan hak lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT),” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri majlis Iftar Perdana Ramadan bersama kakitangan agensi-agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri di Masjid Negara di sini, malam tadi. — BERNAMA

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Kahwin sejenis, rakyat Malaysia bercelaru, kerana pemimpinnya bercelaru, tiada dasar agama dalam pentadbiran negara.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails