Saturday, August 11, 2012

Main Mercun, Apa Nasihat Tok Guru Nik Aziz?

Meriam buluh... termasuk mercun.

KOTA BHARU - Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menasihati ibu bapa supaya tidak membiarkan anak mereka membeli dan bermain mercun terutama pada musim perayaan ini. Beliau berkata bermain bahan letupan berbahaya itu bukan budaya Melayu dan boleh menyebabkan kecederaan dan maut.

"Anggota badan kita ni amanah Allah, jangan bagi jadi kudung tak pasal-pasal.

"Oleh kerana budaya kita sekarang ni masih lagi (terikut-ikut) budaya penjajah tidak bertuan kepada Allah tetapi bertuankan kepada nafsu, maka kita masih lagi meneruskan budaya anak-anak kita membeli mercun," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan kuliah Jumaat di Dataran Ilmu di sini, hari ini.

Nik Aziz berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai beberapa kejadian menyebabkan kanak-kanak cedera akibat bermain mercun di negeri ini, sejak kebelakangan ini.

"Nasihat saya, jangan bagi peluang sekali-kali kepada anak kita beli mercun. Dia nak beli coklat beri, nak beli kuih bui (beri), nak beli baju raya pun bui, beli mercun jangan sekali-sekali," kata Nik Aziz.

Ditanya sama ada perlu undang-undang lebih tegas dikenakan ke atas pengedar dan penjual bahan letupan itu di negara ini, beliau berkata ia terpulang kepada pihak berkuasa. - Bernama

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails