Tuesday, August 07, 2012

Agama Islam Tidak Harus Dipolitikkan – Najib

NAJIB melambaikan tangan kepada orang ramai sebaik saja tiba untuk menghadiri majlis berbuka puasa di Johor Bahru semalam.
JOHOR BHARU – Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, agama Islam tidak seharusnya dipolitikkan oleh mana-mana pihak di negara ini. Sebaliknya, kata Perdana Menteri, agama Islam seharusnya diletakkan di tempat yang paling tinggi, sekali gus banyak permasalahan yang membelenggu umat Islam pada masa kini dapat diatasi.

“Jika politik mengatasi Islam dan diletakkan lebih tinggi, maka banyak permasalahan menghantui umat Islam dan menyebabkan perpecahan yang kini telah jadi punca kelemahan umat Islam dan menjadi punca musuh-musuh Islam memperlekehkan Islam,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis tadarus dan khatam al-Quran serta majlis berbuka puasa di Masjid Tan Sri Ainuddin Wahid, Taman Universiti, Skudai di sini semalam. Majlis itu turut dihadiri Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin; Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman dan Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek.

Najib berkata, kerajaan Barisan Nasional (BN) sendiri sentiasa mengutamakan Islam dalam mentadbir urus negara dan mengikut landasan serta tuntutan syiar Islam.

Komen Weblog Ibnu Hasyim:  Sebenarnya PM Najib yang mempolitikkan agama. Buktinya..

Satu: UMNO kononnya teras BN itu, tidak meletakkan golongan agama tertinggi dalam parti plitik mereka. Najib bukan pemimpin yang berkeluusan agama. Dipahamkan, bahasa Arab pun dia tak tahu. Bagaimana dia nak pimpin ulama, sedangkan cara hidupnya dan keluarganya sendiri pun tidak boleh dijadikan conthoh? (Contoh kecil, lihat pakaian & pergaulan bininya).

Jelas dia mempolitikkan agama, kerana kuasa agama berada di bawah telunjuk politik beliau. (Contohnya dia awal-awal menfatwakan sah hajinya yang belum diselesaikan, pada ibadat hajinya tahun lalu).

Dua: Partinya (UMNO) tidak meletakkan Islam sebagai dasar perjuagan. Lihat perlembagaan UMNO Fasal 3, dasar UMNO adalah kebangsan. Dasar kebangsaan tidak meletakkan Al-Quran dan Hadis sebagai hukum tertinggi. Itu sebab dalam hal ekonomi, UMNO tidak kira 'halal-haram' sapu semacam. Hasil judi, arak, pelacuran & pelacuran, jadi sumber ekonomi negara. (Contohnya, hasil cukai arak buat bayar gaji Mufti.)

Tiga: Itu sebabnya, dalam praktikal di negara ini, mahkamah Syariah jauh lebih rendah tarafnya berbanding Mahkamah Awam. Maka jadilah, 'Islam agama bagi Persekutuan (Fasal 3 Perlembagaan Pesekutuan)' sebagai agama sekular yang tidak mmpu mentadbir negara, bahkan ditadbir oleh poitik sekular yang terkeluar dari garis-garis Islam itu. Makna 'Agama' telah dipesempitkan dan disalah ertikan, sehingga tidak mampu mentadbir.dan menghukum persuah, contohnya.

Empat: ... Dan banyak lagi, cukup untuk kali ini. (IH)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails