Wednesday, August 08, 2012

Zakat: Maipp Sasar Kutip RM4.1J Tahun Ini


SEBERANG PERAI: Majlis Agama Islam Pulau Pinang (Maipp) dan Zakat Pulau Pinang (ZPP) mensasarkan RM4.1 juta kutipan zakat untuk tahun 2012 daripada 585 ribu orang Islam  di negeri ini.
Yang Dipertua Maipp, Datuk Saleh Man (gambar) berkata, jumlah itu masih kecil jika dibandingkan dengan jumlah keseluruhan penduduk Islam yang bermastautin di negeri ini, apatah lagi jika ditambah dengan penduduk dari negeri lain yang datang mencari rezeki.

"Untuk tahun 2012, Maipp dan ZPP akan meningkatkan kutipan RM4.1 juta berbanding tahun sudah RM4,065,992, ia berdasarkan penduduk Islam negeri ini," ujarnya ketika berucap di Majlis Penyampaian Bantuan Hari raya bertempat di Wisma Pekeso, Seberang Jaya semalam.

Katanya, tahun ini Maipp melalui ZPP melantik 1,647 amil untuk mengutip zakat fitrah yang mewakili masjid, surau, sekolah sains, Polis Diraja Malaysia, Jabatan Penjara Malaysia, Angkatan Tentera Malaysia dan pihak zakat sendiri.

Menurutnya, sebanyak 228 pusat kutipan termasuk kaunter ZPP dibuka tahun ini di mana kadar zakat RM7 seorang, sama dengan tahun lepas. (Hrkh)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails