Tuesday, March 27, 2012

Pinjam Kemaluan Wanita, Puak Syiah Kena Jawab!

"DIANTARA praktek zina yang dilegalkan oleh syiah, adalah pinjam-meminjam kemaluan wanita antar penganut syiah. Ini berbeda dengan nikah mut’ah..." Begitu, antara kenyataan yang dibuat oleh sebuah weblog Indonesia.

Menurut Weblog itu lagi, kerana dalam kes ini sama sekali tidak ada unsur pernikahan, seperti akad, mahar, dan sebagai tersebut. Kes ini seratus persen ‘pinjam-meminjam’ wanita! Tetapi anda tidak perlu hairan kerana ianya termasuk bahagian penting dari ajaran syiah sufisme. Ajaran yang terkadang melegalkan pelecehan seksual, bertopeng agama. Kira-kira, tidak jauh beda dengan fenomena ‘habib cabul’..!

Gambar dalam LRT di Tehran, ada ruang khas untuk wanita. Pemerintah Iran mengambil kira batas-batas halal-haram dan percampuran bebas.

Gambar Ibnu Hasyim (kanan sekali) di dalam bas di Tehran. Dibelakang ada sekatan khas untuk wanita, dalam bas tersebut.

Bukti Hujah

Weblog tersebut membuktikan hujahnya dengan beberapa nukilan dari kitab-kitab syiah:

Satu:

Dinukil oleh At-Thusi dari Muhammad bin Muslim dari Imam Abu Ja’far AS bahawa Muhamad bin Muslim bertanya kepada Abu Ja’far:

الرجل يحل لأخيه فرج جاريته؟

“Ada seorang lelaki yang meng'halal'kan kemaluan hambanya untuk temannya, bolehkah?”

Imam Abu Ja’far menjawab:

نعم لا بأس به له ما أحل له منها

“Ya, boleh dia manfaatkan. Selama pemiliknya mengizinkan temannya untuk memanfaatkan hamba wanitanya.” (Al-Istibshar, jilid 3, hlm. 136, karya Muhamad bin Hasan At-Thusi)

Dua:

Disebutkan At-Thusi dari Muhamad bin Mudharib, bahawa Abu Abdillah 'AS berkata kepadaku:

يا محمد خذ هذه الجارية تخدمك و تصيب منها فإذا خرجت فارددها إلينا

“Wahai Muhamad, ambillah hamba perempuan ini agar melayanimu dan kamu boleh menggaulinya. Jika kamu ingin keluar (pulang), kembalikan kepada kami.” (Al-Istibshar, jilid 3, hlm. 136, karya Muhamad bin Hasan At-Thusi dan Furu’ Al-Kafi, jilid 2, hlm. 200, karya Muhamad bin Ya’qub Al-Kulaini)

Kemudian terdapat beberapa riwayat dari salah satu imam syiah, bahawa dirinya menegaskan: “Saya tidak menyukai tindakan seperti itu (meminjamkan kemaluan).” Setelah menyebutkan beberapa riwayat yang menegaskan bahawa salah satu imam syiah tidak menyukai hal itu, At-Thusi menegaskan dalam catatan kakinya:

فليس فيه ما يقتضي تحريم ماذكرناه لأنه ورد مورد الكراهية، وقد صرح عليه السلام بذلك في قوله: لا أحب ذلك، فالوجه في كراهية ذلك أن هذا مما ليس يوافقنا عليه أحد من العامة و مما يشنعون به علينا، فالتنزه عن هذا سبيله أفضل و إن لم يكن حراما، و يجوز أن يكون إنما كره ذلك إذا لم يشترط حرية الولد فإذا اشترط ذلك فقد زالت هذه الكراهية

Keterangan di atas tidaklah menunjukkan haramnya perbuatan yang kami sebutkan sebelumnya (meminjamkan kemaluan wanita). Kerana keterangan salah satu imam tersebut, konteksnya hanya makruh. Sebagaimana Imam AS telah menegaskan melalui pernyataanya: “Saya tidak menyukai tindakan seperti itu.”

Alasan yang memakruhkan hal ini adalah bahawa perbuatan ini termasuk diantara perbuatan yang tidak kami jumpai di masyarakat awam dan dianggap asing oleh masyarakat. Kerana itu, meninggalkan perbuatan semacam ini statusnya lebih utama, meskipun tidak haram. Boleh juga dikatakan bahawa perbuatan itu dimakruhkan, apabila tidak disyaratkan anak yang dilahirkankan statusnya merdeka. Kerana, jika disyaratkan anak yang dilahirkan itu berstatus merdeka maka hukumnya tidak makruh. (Al-Istibshar, jilid 3, hlm. 137, karya Muhamad bin Hasan At-Thusi)

Tiga:

Keterangan yang disampaikan itu, diatas nama pendapat ahlul bait. Siapapun yang fitrahnya masih bersih dan akalnya masih sehat, akan menilai perbuatan ini 100% zina. Namun sayang, masih banyak simpatisan syiah yang belum sadar, karena semuanya dipermak dengan bungkus perbedaan masalah fiqhiyah. Maha Suci Allah dari apa yang mereka lakukan.

Biografi penulis Al-Istibshar:

Dia adalah Muhammad bin Al-Hasan bin Ali bin Al-Hasan At-Thusi. Lahir di Kota Thus, tahun 385 H. Kun-yahnya: Abu Ja’far. Dia diberi gelar: Syaikhut Thaifah. Dia termasuk ulama besar syiah dan salah satu perawi hadis dalam syiah. Dia diberi gelar ‘Al-Imam’, satu gelar kemuliaan kerana darjat keilmuan dalam Syiah Imamiyah. Dia meninggal tahun 460 H, menurut salah satu pendapat.

Sementara Kitab Al-Istibshar, judul lengkapnya: [الاستبصار فيما اختلف من الاخبار] termasuk salah satu empat kitab penting dalam syiah dan kumpulan hadis, yang menjadi sumber rujukan utama dalam mengambil kesimpulan hukum syariat menurut ulama fiqh Syiah imamiyah. Kitab ini berisi 5511 hadis. (http://www.khaleejsaihat.com) Allahu a’lam.

Kesimpulan:

Puak-puak Syiah di Malaysia perlu membuat penjelasan segera demi menjaga nama baik agama dan hubungan antara mahab-mazhab, di Malaysia. Jangan sampai pengaruh buruk dari negara jiran mempengaruhi kita.

(Rujukan - muslimah.or.id & penterjemah Ustadz Ammi Nur Baits)

Lihat sebelum ini..

1 comment:

Gaya peneroka said...

mohon senaraikan blog saya ke blog tuan..
http://gayapeneroka.blogspot.com/

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails