Tuesday, March 27, 2012

Remaja Perempuan Bukan Diculik

Gambar hiasan..
SHAH ALAM, 26 Mac 12— Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Zahedi Ayob berkata remaja perempuan yang berjaya diselamatkan oleh polis Thailand pada 19 Mac lepas telah merancang bersama-sama lima remaja Myanmar, dan adalah perancang utama kes penculikan itu.

Dipetik Bernama Online beliau berkata maklumat itu didapati daripada keterangan konsisten lima remaja Myanmar terbabit ketika disoal siasat.

“Kesemua remaja Myanmar berkenaan yang berusia antara 14 dan 17 tahun itu memberitahu bahawa remaja perempuan berusia 14 tahun itu merupakan perancang utama dalam episod kes penculikan itu.

Beliau menambah sebaik dihantar oleh ibunya di perhentian bas di Seksyen 9 pada 30 Januari lepas, remaja perempuan terbabit telah menelefon kesemua remaja Myanmar berkenaan untuk bertemu di Kompleks PKNS di Seksyen 14 di sini. (MI)

Lihat sebelum ini..

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails