Kok Leong dan ibunya, Lai Kwan
KL, 30 Mac 12: Weblog Ibnu hasyim mengucapkan takziah kepada keluarga Cheah Kok Leong, 29, yang meninggal dunia malam tadi selepas menderita terencat akal selama 29 tahun.
"Saya bersetuju dengan saranan Pengerusi Lajnah Alam Sekitar PAS, Zulkefli Mohamad Omar (gambar bawah) menuntut supaya keluarga Kok Leong diberikan pampasan yang sewajarnya oleh kerajaan. Ini kerana, kerajaan yang membenarkan pembinaan kilang ARE itu dan mempertahankannya." Kata editornya Dr Hj Mohd Hasyim.
Menurut Zulkefli, "Sehingga  kini, sisa ARE masih tertanam di Perak dan kita menuntut sisa itu  dikeluarkan dari situ dan dihantar ke negara yang membina kilang itu di  sana,"
Cheah Kok Leong, 29, anak yang terencat akalnya sejak dilahirkan  di Bukit Merah, telah meninggal dunia di Hospital Ipoh pada 9.30 malam  tadi. Kok Leong ialah anak kepada Lai Kwan, pekerja pembinaan  di sebelah kilang pemprosesan nadir bumi Asian Rare Earth pada tahun  1982.
Lai Kwan mengandung ketika bekerja di sebelah kilang  Asian Rare Earth (ARE), dan melahirkan Cheah Kok Leong pada tahun 1983  dalam keadaan terencat akal. Kilang ARE adalah milik Mitsubishi, sebuah syarikat antarabangsa yang berasal dari Jepun.
Kilang ARE adalah milik Mitsubishi, sebuah syarikat antarabangsa yang berasal dari Jepun.
Ia  telah ditutup 18 tahun lalu selepas menerima arahan mahkamah selepas  didakwa mengeluarkan radioaktif dan memberi kesan negatif kepada  penduduk sekitar. Namun sehingga kini kes ini tersadar di Mahkamah Persekutuan akibat pertembungan undang-undang.
Sebelum ini, pengarah filem independen, Tan Chui Mui telah menerbitkan sebuah filem berjudul Lai Kwan's Love, dan dimuatkan ke dalam Youtube. 【Baca: Pengarah filem enggan lagi menjadi rakan subahat kepada kerajaan】
Oleh  sebab tidak mampu membuktikan secara saintifik bagaimana radioaktif  memberi kesan langsung kepada anak kandungnya, Lai Kwan tidak dapat  menuduh kilang pemprosesan nadir bumi Asian Rare Earth yang menyebabkan  anaknya terencat akal. 
Malah sepanjang perbicaraan mahkamah antara tahun 1985 hingga 1992,  Asian Rare Earth juga menafikan pembebasan radiasi yang mengancam  keselamatan penduduk tempatan, dengan hujah "tiada bukti saintifik". Pakar radiasi Kanada, Rosalie Bertell (gambar kanan)  ketika memberi keterangan di Mahkamah Tinggi Ipoh memetik laporan Asian  Rare Earth, bahawa produk sampingan kilangnya mengandungi Plumbun,  Thorium dan Thorium Hydroxide yang beradiasi, bakal menjejaskan sel  manusia, sehingga sel kehilangan fungsi pembiakan.
Pakar radiasi Kanada, Rosalie Bertell (gambar kanan)  ketika memberi keterangan di Mahkamah Tinggi Ipoh memetik laporan Asian  Rare Earth, bahawa produk sampingan kilangnya mengandungi Plumbun,  Thorium dan Thorium Hydroxide yang beradiasi, bakal menjejaskan sel  manusia, sehingga sel kehilangan fungsi pembiakan.
Rosalie  Bertell menambah, orang dewasa pada umumnya tidak merasai kesan radiasi,  kerana ia memerlukan masa untuk memperlihatkan kesannya.
Tetapi,  seandainya ovum disenyawakan sperma, kesan radiasi akan diperlihatkan  dalam masa yang singkat.  Wanita hamil yang menerima kesan radiasi akan  melahirkan anak yang cacat, jelas Rosalie. (IH)
 
 

No comments:
Post a Comment