
Wahid dedahkan lima nama pemimpin Umno yang dapat tanah
 Pesuruhjaya PAS Terengganu, Mohd Abdul Wahid Endut  menunjukkan gambar-gambar tanah yang didakwa milik Adun dan Ahli  Parlimen BN
Pesuruhjaya PAS Terengganu, Mohd Abdul Wahid Endut  menunjukkan gambar-gambar tanah yang didakwa milik Adun dan Ahli  Parlimen BN
K/ TERENGGANU 25 Mac 12: Sebagaimana dijanjikan, Pesuruhjaya PAS Terengganu mendedahkan nama penerima tanah dari kerajaan negeri Terengganu di kalangan wakil rakyat Umno.
 Mohamad Abdul Wahid Endut mendedahkan sebahagian dari nama-nama Ahli  Dewan Undangan Negeri (Adun) dan Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN)  yang ‘dianugerahkan’ tanah oleh kerajaan negeri.
Pendedahan kali ini lanjutan dari dakwaan yang dibuat pada 18 Mac 2012 lalu yang tidak disebut nama-nama Adun-MP terbabit.
Antara  nama-nama pemimpin Umno-BN yang diberi keistimewaan memperolehi tanah  seluas satu hektar seorang termasuk bekas Menteri Besar Terengganu,  Datuk Seri Idris Jusoh.
“Pertama, Ahli Parlimen Besut, Dr  Abdullah Muhammad Zin. Dia dikurniakan tanah seluas satu hektar di  kawasan Dendong, Mukim Tembila, Besut dengan No. Lot PT6964.
“Kedua,  Adun Jertih, Datuk Seri Idris Jusoh. Bekas MB Terengganu dan dia  (Idris) dapat juga di kawasan yang sama dengan keluasan satu hektar dan  No. Lot PT6902.
“Ketiga, Adun Hulu Besut, Nawi Mohamad, juga di  lokasi tanah yang sama, keluasan juga satu hektar dengan No. Lot PT6904.  Keempat, Muhammad Pehimi Yusoh iaitu Adun Kota Putera juga di kawasan  sama, keluasan satu hektar dengan No. Lot PT6903.
“Pemimpin  kelima, Adun Batu Rakit, Karzan Che Mat. Tanah itu di kawasan Mengabang  Bakong, Mukim Batu Rakit, Setiu. Keluasan tanah 0.9965 hektar, dengan  No. Lot PT30794,” jelasnya.
Beliau berkata demikian pada satu  sidang medianya di Pejabat Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu  (BPPNT), Taman Sri Intan, Jalan Sultan Omar, Kuala Terengganu, 24 Mac  lalu.
Abdul Wahid mendakwa mempunyai senarai ramai di kalangan  pemimpin terdiri dari wakil rakyat Umno-BN yang dianugerahkan tanah  berharga di tepi laut oleh kerajaan Terengganu.
Namun, katanya pendedahan nama-nama pemimpin berkenaan akan dibuat secara berperingkat mengikut keadaan semasa.
“Hari ini, saya akan dedahkan lima nama dulu. Kita (PAS) tidak mahu  dedah semua sekaligus. Kita akan buat macam idu Nasional Feedlot  Corporation (NFC) Sdn. Bhd  jugalah lebih kurang.
“Kita (PAS)  dedah sikit-sikit nak tengok reaksi dia (pemimpin Umno). Kita akan bahas  lagi perkara ini dalam Sidang Dewan Undangan Negeri (Dun) Terengganu  pada 23 hingga 26 April 2012, depan.
Menurutnya, jumlah satu hektar seorang kepada pemimpin Umno-BN tertentu tidak wajar dalam keadaan rakyat dinafikan hak tersebut. Ini kerana, katanya, jika satu hektar itu dibahagikan kepada lapan bahagian untuk rakyat sebanyak 20 lot tanah boleh diagihkan.
“Satu  hektar itu, jika dijadikan lot perumahan boleh diagihkan kepada 20 lot  untuk 20 orang rakyat biasa. Jadi hak rakyat 20 orang telah dinafikan  oleh seorang wakil rakyat BN yang dikurniakan tanah itu.
“Jadi  untuk lima orang Adun dan Ahli Parlimen BN itu, kerajaan boleh berikan  kepada 100 orang rakyat yang memerlukan tanah penempatan masing-masing,”  ujarnya
Menurutnya, tindakan pemimpin Umno-BN tersebut tidak  selari dengan slogan “Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan” dan  “Merakyatkan Pentadbiran dan Pembangunan”. (Hrkh)
 
 

No comments:
Post a Comment