Thursday, March 29, 2012

Daim: BN Pertahan 3 Negeri, UMNO Kecut Perut

Tun Daim Zainuddin
RANTAU PANJANG, 28 Mac 12: Umno dan Barisan Nasional (BN) perlu menerima hakikat parti itu semakin hilang pengaruh biar pun media tajaan mereka memberi gambaran sebaliknya.

Ini dapat dibuktikan apabila Umno terpaksa menggunakan pentas mesyuarat Persatuan Ibu Bapa dan Guru-Guru (PIBG) serta pengagihan bantuan rakyat 1Malaysia (BR1M) bagi mengerah orang ramai hadir.

Di Kota Bharu ceramah Ketua Bahagian, Datuk Fatmi Che Salleh terpaksa diadakan jamuan bagi menarik orang ramai datang. Malah pada poster ceramah turut dipaparkan gambar Pengerusi Perhubungan Umno, Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Terbaru di Kampung Paya Senang malam Isnin lalu disediakan jamuan nasi. Bagaimanapun kehadiran penduduk boleh dibilang dengan jari. Timbalan Exco kerajaan negeri, Mohamad Awang berkata, pemimpin Umno perlu mengakui hakikat yang berlaku sekarang kerana masa kehebatan mereka semakin berlalu.

“Malah kenyataan bekas Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin yang membayangkan Umno dan BN hanya mampu mempertahankan Pahang, Johor dan Melaka sahaja pada pilihan raya umum (PRU) ke-13 amat mencabar sekali.

“Kenyataan bekas bendahari Umno itu sangat jelas dan boleh diterima oleh sesiapa sahaja. Keterbatasan keupayaan Umno kelihatan makin jelas sekarang. Ini membuat mereka semakin kecut perut.

“Kejatuhan empat negeri ke tangan Pakatan Rakyat (PR) dan mengekalkan Kelantan pada PRU-12 merupakan permulaan episod yang menakutkan kerajaan BN,” katanya yang juga Adun Gual Periuk di sini.

Menurutnya, bayangan dibuat Tun Daim tidak mampu ditolak begitu sahaja kerana beliau mengetahui selok-belok yang berlaku dalam Umno dan BN sejak dahulu sehingga sekarang.

Baru-baru ini ketika interview dengan sebuah akhbar berbahasa Cina Daim dilaporkan memberitahu usaha Umno-BN mempertahankan Perak menjadi satu cabaran. Begitu juga mahu mengekalkan Terengganu dan Sabah Umno perlu bersatu.

Malah menurutnya BN hanya berupaya mengekalkan tiga negeri sahaja iaitu Johor, Pahang dan Melaka. (Hrkh)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails