Sunday, March 25, 2012

Tandingan Tak Bermoral Ratu Cantik Shah Alam.

Pemilik Fareeda House of Scarf, Faridah Zakaria berkata, peserta terdiri daripada pelajar serta pensyarah institusi pengajian tinggi (IPT) tempatan dan ibu muda berusia antara 20 hingga 37 tahun.

Menurutnya, kesemua peserta bukan sahaja memiliki raut wajah yang jelita malah berbakat dalam bidang peragaan fesyen terutama gaya tudung.

“Pertandingan separuh akhir akan berlangsung hari ini dengan 16 daripada 43 peserta dipilih memasuki final yang diadakan esok,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Juara akan membawa pulang hadiah RM3,000 dan 10 helai tudung Fareeda bernilai RM2,000 manakala tempat kedua meraih wang tunai RM2,000 dan 5 helai tudung bernilai RM1,000. (Kosmo)

Komen Weblog Ibn Hasyim: Gambar di atas sebahagian daripada 31 finalis Pencarian Model Tudung Fareeda bersedia untuk sesi akhir latihan di Plaza Masalam, Shah Alam, satu masa lalu. Kalau begini, wajarkah disebut Ratu Cantik 'Tak Bermoral' kerana pakaiannya masih tidak dalam kategori menutup aurat?

Belum lagi, mereka yang seramai 43 orang wanita bakal berentap bagi merebut gelaran juara Pertandingan Akhir Pencarian Model Fareeda 2012 yang akan berlangsung di SACC Mall di sini selama dua hari mulai hari ini..

6 comments:

Anonymous said...

biasa lah kalau dah perasan comel semua nak ditonjolkan entah apa nak jadi anak-anak kita zaman mondern

Alias Bin Hasan said...

Salam semua...

Pakai baju tapi serupa telanjang...
Point nak masuk neraka...

Anonymous said...

seksi kat dunia...SEKSA kat akhirat.sanggup ke?

Lebai John Lennon Al Goloki said...

Kalu Selangor dapat MB Pas baru negeri tu menjadi Islam waiimah kalu mana mana negara di dunia diperintah oleh PAS baru negara itu Islam.
Haji Hadi for PM

Anonymous said...

Betul Lebai John!

Anonymous said...

kan bagus kalau yg menegur pun berhemah. jgn nk menuduh membabi buta je. Buat apa di jaja gambar kesana kemari kalau betul niat kita menegur? Bukan kah lebih bagus kalau kita menutup aib org lain? Tak salah untuk menegur, tapi jgn lah sampai menyebarkan gambar. Cukup sajalah dengan ceritanya. Demi ALLAH SWT, Sy hanya menegur (:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails