Wednesday, March 28, 2012

Merempat Di Wat Siam, Mana Pemimpin T/Jawab?


AZMI (meriba salah seorang anak Noriza) bermesra dengan anak-anak Noriza (belakang, dua dari kanan) di rumah mereka di Watt Siam, Baling di Kedah semalam.

Hidup merempat di Watt Siam

BALING: Seorang ibu dan lapan orang anaknya terpaksa menyewa sebuah rumah di dalam kawasan Watt Siam di Kampung Watt Baling di sini kerana dihimpit kemiskinan hidup sejak dua tahun lalu.

Keluarga berkenaan, Noriza Hassan, 35, berkata, dia terpaksa menyewa rumah di kawasan itu kerana tidak memiliki rumah sendiri selepas suaminya menghilangkan diri sejak dua tahun lalu.

Tambah wanita itu, dia terpaksa membesarkan lapan orang anaknya yang berusia antara tiga hingga 18 tahun dengan bergantung pada wang bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM400 sebulan untuk keperluan harian.

"Saya tidak mampu bekerja kerana anak masih kecil dan bersekolah tetapi mujurlah JKM menyalurkan bantuan sebanyak RM400 sebulan melalui Bantuan Kanak-Kanak (BKK) bagi menampung keperluan hidup.

"Saya juga terpaksa menyerahkan dua anak saya kepada JKM bagi meneruskan persekolahan agar mereka tidak tercicir dalam persekolahan," katanya. (Kosmo)

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Mana pemimpin-pemimpin yang bertanggung jawab?

Nabi SAW pernah berkata, tidak sempurna iman seseorang itu sekiranya ia tidur dalam keadaan kekenyangan, sedang jirannya di dalam keadaan kelaparan. Ingat, 'tidak sempurna iman'. Jangan main-main!

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails