IPOH: Rupa paras persis artis Barat, bulu mata lentik dan bertubuh langsing menjadi modal kepada sindiket pelacuran untuk menawarkan wanita Timur Tengah kepada pelanggan di negara ini menggunakan SMS dan MMS.
 Kumpulan wanita Timur Tengah dari pelbagai negara ini, termasuk  Syria, Iran, Yaman dan Maghribi bergerak dari bandar ke bandar  bergantung kepada tempahan pelanggan.
 Rata-rata wanita yang diletakkan pada gred 1 itu yang masuk ke  Malaysia menggunakan pas lawatan sosial menawarkan khidmat seks kepada  lelaki tempatan yang sanggup membayar harga tinggi sehingga RM1,000 bagi  sekali perkhidmatan.
Perkara ini didedahkan beberapa lelaki  tempatan yang pernah mendapatkan khidmat mereka yang disifatkan unik  walaupun perlu mengeluarkan modal besar.
Seorang eksekutif bank yang mahu dikenali sebagai Danny, 30,  mendakwa menerima kiriman MMS dipercayai dihantar ke telefon bimbitnya  oleh sindiket pelacuran tempatan yang menguruskan pelacur Timur Tengah. (myMetro)
 
 

No comments:
Post a Comment