Tuesday, March 27, 2012

RM15.7 J Biayai Skim Mikrokredit S'ngor


SHAH ALAM, 27 Mac 12: Kerajaan Negeri Selangor telah memperuntukkan sebanyak RM4.474 juta kepada 2,162 peserta program Mikrokredit Miskin Bandar (MiMBAR) sejak ia dilancarkan pada 3 Mac 2011 hingga Disember 2011.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kebajikan, Hal Ehwal Wanita, Sains, Teknologi, Inovasi dan Kebudayaan Negeri Selangor, Rodziah Ismail turut memberitahu Skim Mikrokredit Selangor (Skimsel) pula sehingga 31 Disember, seramai 4,559 sadiq telah dibawa masuk dan pembiayaian yang dikeluarkan adalah RM15,703,644 juta dengan penerimaan pembiayaian seramai 5,979 orang.

"Untuk bantuan banjir di Hulu Langat, kerajaan negeri telah memberi bantuan tunai kepada mangsa sebanyak seribu ringgit setiap seorang yang melibatkan seramai 1,763 mangsa bagi kawasan Lembah Jaya dan Dun Dusun Tua yang melibatkan jumlah peruntukan sebanyak RM1,763,000.

"Selain itu juga sebanyak RM120 ribu diperuntukkan bagi tujuan membaiki rumah yang melibatkan 11 buah rumah musnah teruk, untuk kerja-kerja pembersihan sebanyak RM180 ribu telah diberikan dan kerja-kerja pembersihan ini dilakukan oleh badan bukan kerajaan dan juga Yayasan Amal," jelasnya sewaktu sesi penggulungan Dewan Negeri Selangor.

Menurutnya lagi, bagi bantuan peralatan sekolah, sebanyak RM200 setiap seorang diberikan kepada pelajar sekolah menengah iaitu seramai 246 orang murid bagi Sekolah Menengah Kebangsaan Lembah Jaya dan juga Sekolah Menengah Taman Kosas, manakala RM100 seorang untuk pelajar sekolah rendah melibatkan 160 orang bagi Dun Dusun Tua.

Rodziah memberitahu, bagi kos pembinaan jambatan untuk menghubungkan dua buah kampung di Lembah Jaya belum dikenalpasti lagi dan pihak Jabatan Pengairan dan Saliran diberi tanggungjawab untuk kerja-kerja tersebut. (Hrkh)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails