Wednesday, March 28, 2012

Kristianisasi, Tugas Kerajaan Bertindak -PUM


Dato' Sheikh Hj Abdul Halim Abdul Kadir.

KL, 28 Mac 12: Kerajaan Johor seharusnya tidak mengemukakan permohonan maaf kerana menganjurkan seminar terhadap ancaman ‘Kristianisasi’ kerana itu merupakan tugas pentadbiran agama kata Persatuan Ulama Malaysia (PUM).

Guru agama daripada sekolah kebangsaan di Johor akan menghadiri seminar Sabtu ini yang memberikan fokus terhadap “ancaman Kristianisasi” yang telah menimbulkan rasa kurang senang komuniti Kristian.

Program berkenaan dianjurkan oleh Jabatan Pelajaran Johor dan Jabatan Mufti Johor bertajuk “Pemantapan Aqidah, Bahaya Liberalisme dan Pluralism Serta Ancaman Kristianisasi Terhadap Umat Islam. Apa Peranan Guru?” yang mana setiap sekolah perlu menghantar dua guru agama daripada kesemua 55 sekolah kebangsaan di negeri tersebut.

“Kita perlu adakan seminar sedemikian. Saya rasa masyarakat Kristian tidak perlu berasa terganggu terhadap penganjuran seminar tersebut ... masalah berkenaan cubaan Kristianisasi sudah wujud sejak sekian lama dan memang wujud,” kata Presiden PUM Datuk Sheikh Abdul Halim Abdul Kadir kepada The Malaysian Insider.

“Selain itu, mana-mana pihak berkuasa dan kerajaan berhak untuk melakukan seminar sedemikian, kita perlu memberikan pendedahan kepada guru, terutamanya kepada generasi muda yang tidak menyedari perkara ini.”

Abdul Halim menjelaskan “kewujudan” mubaligh Kristian secara “agresif” telah sejak sekian lama cuba untuk memurtadkan umat Islam dan pihak jabatan agama hanya menjalankan “tugas” mereka dengan penganjuran seminar berkenaan.

“Mubaligh Kristian lebih kuat daripada sesetengah Muslim, dan itu apa mereka buat.

“Kita sebagai Muslim harus memperkuatkan akidah. Muslim sekarang berjuang menentang Kristianisasi,” katanya.

Ditanya apakah bukti berlakunya gejala memurtadkan umat Islam, Abdul Halim berkata kegiatan itu berlaku secara langsung dan tidak langsung.

“Bukti sudah ada sejak sekian lama ... rancangan televisyen, model, pakaian, itu semua cubaan secara tidak langsung. Kita sedar perkara itu.

“Sebagai Muslim, kita harus laksanakan tanggungjawab kita. Tugas berat tersebut tidak boleh dilaksanakan secara individu, jadi dengan penglibatan kerajaan, ia akan menyokong usaha ini,” katanya.

Salinan surat berkenaan seminar itu daripada Jabatan Pelajaran Johor turut diletakkan di laman web mereka.

Penasihat Unit Pendidikan Agama Jabatan Pelajaran Johor, Hasimah Abdul Hamid, yang dihubungi The Malaysian Insider, enggan mengulas lanjut berkenaan program itu yang seakan-akan menunjukkan ancaman Kristian terhadap Islam.

“Objektif utama program ini adalah untuk memperkukuhkan ajaran Islam,” katanya kepada The Malaysian Insider.

“Tapi saya tidak boleh mengulas berkenaan tajuknya, kerana ia diserahkan penganjur.”

Kristian membentuk 9.2 peratus daripada 28.3 juta populasi rakyat Malaysia.

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, Kristian dan Muslim komuniti bertelagah berkenaan perkataan “Allah” yang mana mereka mendakwa hanya Islam yang boleh menggunakan perkataan itu kerana ia melambangkan tuhan untuk orang Muslim.

Sekumpulan konservatif Muslim turut menuduh Kristian cuba memurtadkan orang Islam, telah menimbulkan ketegangan terhadap kedua-dua agama tersebut. (Demikian The Malaysian Insider)

Sementara itu di parimen hari ini, Dr Mujahid Yusof Rawa Ahli Parlimen Parit Buntar meminta Perdana Menteri menyatakan statistik terkini orang yang memohon untuk murtad dan yang telah murtad tanpa permohonan.(IH)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails