 J
J AKARTA: Selepas menubuhkan pasukan penguatkuasaan antipornografi,  Menteri Hal Ehwal Agama, Suryadharma Ali, berkata skirt yang di atas  paras lutut mungkin tergolong  dalam definisi bahan pornografi.
AKARTA: Selepas menubuhkan pasukan penguatkuasaan antipornografi,  Menteri Hal Ehwal Agama, Suryadharma Ali, berkata skirt yang di atas  paras lutut mungkin tergolong  dalam definisi bahan pornografi.    Sehubungan itu, beliau berkata, pihaknya akan mengatur mesyuarat  dengan pihak yang mempunyai kepentingan berbeza daripada orang ramai,  untuk mendapatkan input mengenai bagaimana mereka memahami pornografi.
“Saya pasti mereka mempunyai definisi yang berbeza mengenainya,” kata Suryadharma.
Beliau yang dilantik oleh Presiden Susilo Bambang Yudhoyono untuk  memastikan badan itu beroperasi, memberitahi Persidangan Suruhanjaya  Dewan Rakyat VIII mengenai Hal Ehwal Agama dan Sosial semalam,  satu set  kriteria universal untuk mentakrif sesuatu sebagai pornografi perlu  diwujudkan   dan satu daripadanya ialah  skirt mini.
“Apabila standard pornografi itu sudah ditentukan, ia akan dikuatkuasakan di seluruh negara meliputi semua etnik,” katanya.
 Untuk mencegah pengedaran bahan-bahan porno di seluruh negara,  Susilo. baru-baru ini menubuhkan satu pasukan petugas dalam pengurusan  dan pencegahan pornografi sebagai satu badan untuk melaksanakan  Undang-undang Pornografi 2008
Susilo melantik Menteri Penyelaras Kebajikan Rakyat, Agung Laksono  untuk mengetuai pasukan petugas dan Menteri Hal Ehwal Agama, Suryadharma  Ali untuk menguruskan hal operasi harian.
Ahli pasukan petugas termasuk anggota Kabinet yang lain, seperti  Menteri Penerangan dan Teknologi, Tifatul Sembiring, Menteri  Undang-undang dan Hak Asasi Manusia, Amir Syamsuddin, Menteri Memperkasa  Wanita dan Perlindungan Kanak-kanak, Linda Gumlar, Menteri Pelajaran   dan Budaya, Muhammad Nuh dan Menteri Dalam Negeri, Gamawan Fauzi. - JP
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Adakah Indonesia agak ke depan dalam menngani aurat wanita? Malaysia masih lembab?
Sebelum ini..

E-Buku IH-48: Kisah-kisah Bogel (2)
 
 
 

2 comments:
Pemakaian mini skirt memang sepatutnya diharamkan kerana pada pendapat saya ianya bukan sahaja mendedahkan aurat tetapi kurang sopan, menjolokkan mata dan merendahkan martabat wanita yang memakainya. Selain itu pakaian ini turut menyumbang kepada berlakunya zina serta menyumbang kepada berlakunya jenayah seksual kepada wanita. Selain dari mini skirt, pakaian seksi lain seperti hot pant, spaghetti strap, legging, baby t, short top dan sebagainya patut juga diharamkan
Assalamualaikum tuan.. Sudi kiranya blog saya di link kan dgn blog tuan. Utk pengetahuan pihak tuan, blog tuan dah pun di linkkan dgn blog saya..
terima kasih..
http://kopitarikkaw2.blogspot.com/
Post a Comment