
ALOR SETAR, 30 Mac 12: Harkahdailynet hari ini melaporkan  hubungan Datuk Phahrolrazi Zawawi dengan menteri besar dikatakan bertambah baik dan mereka dilihat  bersama-sama makan dalam satu majlis di Kedah baru ini.
Phahrolrazi  memaklumkan akan mematuhi arahan PAS dan tidak akan  mengambil kisah apa-apa portfoliopun yang akan diberikan kepada beliau.
Phalrolrazi  difahamkan, portfolio beliau akan dikurangkan, namun katanya, "Saya  mematuhi arahan pusat dan terima perlantikan exco tidak kisah apa-apa  portfolio pun."
Beliau akan hadir ke majlis angkat sumpah Exco  kerajaan negeri Kedah yang dijangka akan berlangsung minggu depan. Phahrolrazi  ketika dihubungi Harakahdaily bagaimanapun berkata, sehingga kini  beliau masih belum menerima sebarang surat mengenai majlis angkat sumpah  itu.
"Surat belum terima, akhbar Sinar lapor dari sumber dalaman 5 April angkat sumpah," kata Phahrol kepada Harakahdaily.
Setiausaha Akhbar Menteri Besar Kedah, Helmi Khalid ketika dihubungi  Harakahdaily mengesahkan tarikh mengangkat sumpah exco adalah 5 April  ini. Phahrolrazi dan Dr Ismail Salleh tidak mengangkat sumpah Exco ketika  ia dijalankan sebelum ini berikutan perbezaan pendapat beliau dengan  menteri besar, Datuk Seri Azizan Razak.
Namun selepas campur tangan PAS Pusat, kedua-duanya bersedia menerima semula jawatan itu.
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Al-hamdulillah!
 
 

No comments:
Post a Comment