Wednesday, July 31, 2013

Syiah: Usaha Gugat PAS, Tuan Ibrahim & Mohamad Sabu

OLEH ZULKIFLI SULONG, 
PENGARANG ANALISIS DAN RENCANA
Tuan Ibrahim dan Mohamad Sabu...saling bantu membantu dalam PAS. - Gambar The Malaysian Insider oleh Timmy Say, 29 Julai, 2013. 
Syiah: Usaha gugat persahabatan dalam PAS

ANALISIS: Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man sering kali mengeluarkan kenyataan tatkala PAS dan Mohamad Sabu diserang bertubi-tubi, termasuk dalam isu Syiah.
 
Ketika kes Mat Indera yang dibangkitkan Mohamad satu ketika dulu, Ketua Penerangan PAS itu juga antara pemimpin yang pertama mengeluarkan kenyataan panjang lebar untuk mempertahan Mohamad.
Sejurus selepas kenyataan Tuan Ibrahim dikongsikan merata di Facebook, ramai yang memberikan komen mengenai mengapa mereka kadang-kala melihat Mohamad sebagai pro-Syiah. Salah satu puncanya adalah mereka berkata di laman Facebook peribadi Mohamad sendiri memberi gambaran yang terlalu “pro-Iran” menimbulkan keraguan terhadap sifat Sunnah Wal Jamaah Mohamad.

Ada pula yang memberi komen bahawa tokoh yang digunakan dalam ceramah Mohamad menimbulkan kesangsian pada beliau. Seorang komentar menulis:

“Ramai yang suka memandang pro-Iran ialah pro-Syiah. Tetapi itu satu tanggapan yang salah pada Abang Mat. Abang Mat terkenal dengan sikap lantangnya melawan Zionis Yahudi dan muslihat Amerika dan bonekanya. Mana-mana sahaja negara Islam yang melawan Zionis Yahudi dan muslihat Amerika dan bonekanya akan disokong Abang Mat, lantaklah Syiah ke Sunni.

"Tapi kebetulan negara yang banyak melakukan ke arah ini ialah Iran dan Lebanon. Begitu juga dengan laman yang suka menyiarkan usaha negara Islam melawan Zionis, akhirnya akan dituduh pro-Syiah atau pro-Iran kerana kebetulan negara Islam yang banyak berjuang ke arah ini ialah Iran dan Lebanon (Hizbullah) dan bukan mana-mana kerajaan Sunni. Yang suka melihat masalah antarabangsa dari sudut Syiah dan Sunni ialah mereka yang jahil agama dan tidak faham kemelut Islam di peringkat antarabangsa.”

Pandangan itu nampak selari dengan kenyataan Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang dikeluarkan pada 18 Jun yang lalu apabila beliau menyuruh umat Islam balik ke pangkal jalan untuk mengenali lawan dan kawan dalam isu pertembungan Sunni-Syiah.

“Masalah cabang ajaran agama yang berbeza di kalangan empat mazhab dan lain-lain di kalangan ahli sunnah dihidupkan kalangan masyarakat awam yang cetek pengetahuan agamanya.
“Syiah Imam Khomeini dan Khaminaei yang membuat perubahan politik daripada Syiah tradisi di kalangan Syiah, diantara Syiah Arab dan Syiah Parsi di Iraq,” kata Abdul Hadi merujuk kepada pemimpin besar Iran Ayatollah Ruhullah Khomeini dan penggantinya Ayatollah Ali Khamenei.

Di samping menyebarkan mazhab ini di kalangan umat Islam yang masih jahil agama, bukannya menyebarkan dan menambahkan penyebaran Islam di kalangan bukan Islam. Semua ini adalah agenda melaga dan perintah atau penjajahan semula yang sepatutnya difahami oleh umat Islam. Dalam kemelut yang begitu celaru, umat Islam perlu kembali ke pangkal jalan, mengenali kawan dan lawan serta mengambil iktibar daripada kesalahan lalu.

Ulama dan pemimpin di zaman keemasan umat Islam bersatu dalam perkara rukun dan berbeza pendapat dalam masalah cabang sehingga tidak memisahkan hubungan persaudaraan agama dan kemanusiaan berbagai agama dan kaum dalam negara Islam yang luas dan besar.”

Dalam PAS, Mohamad dilihat memberikan sumbangan yang besar kepada PAS.  Sebagai timbalan presiden, ramai berpendapat beliau berjaya melengkapkan perjuangan PAS sebagai sebuah parti massa di negara ini.
Apa yang tidak boleh dibuat oleh Abdul Hadi selaku presiden, berjaya dibuat dengan baik oleh beliau.
Pendek kata, kedudukan beliau menjadi pelengkap kepada keperluan PAS dan Abdul Hadi untuk membawa PAS ke persada di mana rakyat Malaysia, tanpa mengira bangsa dan agama, boleh menerima parti Islam  itu untuk menggantikan Umno.

Dengan potensi sedemikian, penulis tidak terkejut apabila Mohamad berkata, sesetengah pihak dalam PAS dan sesetengah pihak dalam Umno sedang berpadu tenaga untuk 'membunuh' beliau sekarang.
Apa pun, diharap Mohamad mengambil kira pandangan yang dilontarkan dan memahami mengapa timbul persepsi pro-Syiah pada beliau. Tidak salah mendengar kerana hidup di dalam dunia politik sebahagian besarnya adalah untuk mengurus persepsi.

Mohamad sudah tentu memahami perkara ini. Kegagalan menguruskan persepsi bakal membuka pintu kepada musuh-musuh Mohamad mengambil kesempatan. Jika musuh berjaya, yang hanya boleh disalahkan ialah diri sendiri yang memberi ruang kesempatan itu. – 30 Julai, 2013.

*Analisa ini dibuat dengan kerjasama Timmy Say.
*Sambungan daripada bahagian pertama disiarkan semalam.

Lihat.. Ada kaitan..
E-Buku IH-77: Pemilihan Kepimpinan PAS 2013

E-Buku IH-77: Pemilihan Kepimpinan PAS 2013

2 comments:

JAKA said...

walaupun hanya mengkagumi perjuangan dn ketokohan khomeini, ia tidak harus diteruskan. ini kerana apa perasaan anda jika ada umat islam yg mengkagumi negara amerika sebagai kuasa dunia, mengkagumi israel kerana kecil tapi kuat, mengkagumi firaun yg hebat, mengkagumi abu jahal yg menjadi tokoh mekah, mengkagumi bilis kerana sgthebat tipu dayanya???

tentu tidak wajar memberi walau sedikitpun sangka baik kepada musuh2 Allah, Rasul saw dan umat Islam.

maka marilah kita membenci syiah, khomeini, hezbossyaitan dan sepertinya. kehebatan mereka tidak wajar dikagumi.. kerana berteraskan syaitan. syirik dan kezaliman semata2.

taubatlah Mat Sabu. ust2 PAS, kalau sygkan PAS, benteras sokongan pemimpin kpd iran dan syiah laknatullah.

PAS akan hancur kalau ersifat lunak terhadap syiah. percayalah

Anonymous said...

sial jaka...ngko diam boleh tak bangsat....ngko tak payahla berhujah...aku kenal la sapa abang mat sabu....dia hero pejuang islam sepanjang zaman..takkanlah kerana berhujah menggunakan nama khomenie dah boleh dikatakan syiah...bodonya mangkuk jaka sekoq ni.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails