Saturday, August 03, 2013

Tak Hormat Bulan Puasa, Mengapa Tak Dakwa Hina Islam?

Nafi isap rokok Pegawai Penguatkuasa Jaij (kiri) berjaya mendapatkan bukti, rokok yang dihisap oleh seorang lelaki dalam operasi berkenaan.

BATU PAHAT – Bimbang ditangkap penguatkuasa Jabatan Agama Islam Johor (Jaij) Batu Pahat kerana tidak berpuasa, seorang lelaki memberi pelbagai alasan ketika ditahan dalam Operasi Mengesan Kaki Ponteng Puasa di sekitar Parit Raja, dekat sini, kelmarin.

Timbalan Penguatkuasanya, Saiful Ariffin Mohd Sopah berkata, sebaik disergah oleh pegawai penguatkuasa Jaij, lelaki berusia dalam lingkungan 40an itu terkejut, lantas cuba menyembunyikan rokok yang dihisapnya.

“Pada mulanya dia menafikan yang dia menghisap rokok dan cuba menyembunyikannya, tetapi tidak berjaya setelah pihak kami berjaya mengesan asap dan bau daripada rokok berkenaan,” katanya

Menurut Saiful, pihaknya turut mendapati terdapat sebungkus mi dan secawan air kopi di hadapan lelaki terbabit. Lelaki tersebut yang pada awalnya menafikan telah makan dan minum, akhirnya mengaku berbuat demikian setelah didesak.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 15 (b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Johor iaitu kerana tidak menghormati Ramadan dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan denda tidak melebihi RM1,000 atau penjara tidak melebihi enam bulan.
“Jaij akan terus melakukan pemantauan untuk memerangkap kaki ponteng puasa sepanjang Ramadan ini, serta akan menampal pelekat khas terhadap premis dan kedai makan yang terlibat sama dalam kegiatan ponteng puasa ini,” katanya (SH)

Komen Weblog Ibnu Hasyim:  Orang Islam tidak menghormati bulan puasa, patutkah dikategorikan sebagai menghina agama? Sedangkan orang Islam, jurulatih anjing bergambar dengan anjing profesyennya didakwa menghina agama? Sedangkan gambar itu dipamernya sudah 3 tahun lalu, sekarang baru didakwa?

Lihat..

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails