Wednesday, July 31, 2013

Filem Indonesia: Ayat-ayat cinta

 

43- Filem Indonesia: Ayat-Ayat Cinta (2008) 

SETAKAT ini Ayat-Ayat Cinta merupakan filem bercorak Islamik yang paling mendapat sambutan di Indonesia apabila ditonton sebanyak 3.58 juta penonton ketika ia ditayangkan di pawagam pada tahun 2008.

Ia diadaptasi daripada sebuah novel dengan judul yang sama hasil karya Habiburrahman El Shirazy, malah novel berkenaan turut mendapat sambutan yang cukup luar biasa.

Ayat-Ayat Cinta mengisahkan tentang kehidupan Fahri yang merupakan penuntut di Universiti Al Azhar, Mesir. Dia merupakan seorang lelaki yang begitu taat kepada agama dan kurang bergaul dengan wanita. Ketika berada di Mesir, Fahri berjiran dengan Maria Girgis yang merupakan wanita beragama Kristian.

Namun begitu, dia sebenarnya memendam perasaan terhadap Fahri, tetapi sekadar mampu diluahkan menerusi diarinya sahaja. Filem berkenaan menampilkan beberapa pelakon muda yang semakin meningkat naik ketika itu seperti Fedi Nuril (Fahri), Carissa Putri (Maria), Rianti Cartwright (Aisha) dan Zaskia Adya Mecca (Noura).

Ayat Ayat Cinta Full Movie 

 

Lihat sebelum ini..

E-Album IH-11: Hibur, Hibur Sikit..

E-Album IH-11: Hibur, Hibur Sikit..

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails