Thursday, August 01, 2013

Wanita Melayu Bersama 3 Anjing Ditahan Hina Islam. Wajarkah?

Maznah
KUALA LUMPUR – Wanita yang membuat video kontroversi menyambut hari raya bersama tiga ekor anjing ditangkap polis dan ditahan di cawangan Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman di sini semalam.

Peguamnya Latheefa Koya berkata, Maznah Mohd. Yusof, 38, sedang disiasat mengikut Seksyen 298A Kanun Keseksaan iaitu mencetuskan suasana tidak harmoni apabila menimbulkan isu-isu sensitif membabitkan agama.
Jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara tidak kurang dua tahun dan tidak lebih lima tahun.

“Dia ditahan sejak pukul 4.30 petang tadi (semalam) untuk diambil keterangan,” kata beliau ketika ditemui di sini semalam. Lapor Kosmo.

Sementara itu, menurut Malaysiakini, polis petang semalam menahan jurulatih anjing Maznah Mohd Yusof, yang mencuri tumpuan ramai dengan video ucapan Hari Raya Aidil Fitri bersama anjing. Maznah mengesahkan perkara itu dan memberitahu beliau kini ditahan di Bukit Aman. Maznah ketika dihubungi Malaysiakini pula dengan tenang berkata beliau telah disoal siasat oleh polis Cawangan Khas dan pegawai dari Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

"Mereka tanya niat saya memuatnaik video itu (tiga tahun lalu) dan pekara berkaitan," katanya.

Peguam Latheefa Koya sewaktu dihubungi berkata Maznah menghubungi beliau sewaktu berada dalam kereta polis. Katanya, Maznah juga memaklumkan bahawa beliau dibawa ke Bukit Aman dan mungkin akan ditahan selama 24 jam.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Lihat video ini! Perbuatan begini, wajarkah dianggap hina Islam?

Lihat sebelum ini..

5 comments:

Anonymous said...

entah...tak tahulah malaysia nie.....perbuatan yg betul2 menghina agama islam tak di ambil tindakan ...siap bg immuniti lagi.....ttp yg perlu diberi nasihat sajer....heboh kene tahan dgn bermcm2 akta......tak secara langsung tindakan mereka itu yg merosakkan imej islam tu kpd non-muslim...agama islam itu adalah agama nasihat.......bukan agama gedebe......

otaistillkick said...

adakah yang memperlekeh nabi tidak menghina islam ... tidak yakin hukum alquran tidak menghina islam walaupun mengaku islam.

Unknown said...

time ni la ulamak patot tampil untuk bg penerangan mengenai masalah ini berdasarkan dalil alquran, hadith & pendapat mengikut mazhab2....sebab ape yg sy tgk byk org yg tak bertauliah berani kuar hukum masing2.wallahualam

Anonymous said...

Kalo menghina Islam pun dia berani buat, inikan pula hahaha... doggy sex dgn 3 anjingnya pun dia mesti berani buat...

Anonymous said...

begini jak kah tindakan Malaysiapbila ada org yg menghina Islam??? Hampa,,,

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails