Monday, July 29, 2013

Sindiket Guna Kanak-kanak Mengemis, Buktikan!

MD. NOOR (berdiri di tengah) semasa menyertai operasi membanteras pengemis di sekitar Kota Bharu, baru-baru ini.

KOTA BHARU – Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Kelantan mengesan sebuah sindiket yang memperalat kanak-kanak untuk mengemis di sekitar Pasar Borong Wakaf Che Yeh, destinasi tumpuan orang ramai membeli-belah di sini.

Pengarahnya, Md. Noor Chik berkata, berdasarkan maklumat awam, aktiviti itu dikatakan berlarutan sejak beberapa bulan lepas.

“Dalam serbuan malam kelmarin, kita menahan seorang kanak-kanak dan tiga pengemis dewasa, termasuk seorang warga asing di sekitar kawasan itu.
“Kanak-kanak terbabit bergerak secara solo, namun kita percaya masih terdapat kumpulan mereka yang berpecah bagi mengelak daripada dikesan pihak berkuasa,” katanya kepada pemberita selepas menyertai Ops bersepadu Ramadan JKM dan Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandaraya Islam (MPKB-BRI) di sini. (Kosmo)

Komen Weblog Ibnu Hasyim:  Sebaiknya dibuktikan adakah pengemis-pengemis itu benar-benar ada sindiket yang memperalat kanak-kanak untuk mengemis dan sila buat tangkapan. Atau mereka itu memang hidup fakir miskin, yang layak menerima derma dari orang ramai?

1 comment:

suahati said...

dok caka hal sindiket nie dsh lama dah...tapi satu pun sindiket tidak ditangkap atau dibongkar.
yg dok kena tangkap peminta sedekah tuuu jugak hari2.
senangnya jadi pegawai tangkap peminta sedekah nie yeeee

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails