Tuesday, July 30, 2013

Mohamad Sabu & Datuk Mahfuz Omar Syiah? -Putarbelit Utusan


 
KL: Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menafikan menyebut dua nama pimpinan tertinggi PAS berhubung isu Syiah sebagaimana yang dilaporkan Utusan Malaysia hari ini.

Laporan Utusan Malaysia, seperti mana dipetik "PAS hari ini menjelaskan bahawa sehingga kini tiada bukti yang boleh mengaitkan Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu dan Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar sebagai pengikut Syiah".

Menurut Tuan Ibrahim, beliau langsung tidak menyebut kedua-dua nama pimpinan PAS itu kepada Utusan, namun tindakan akhbar itu sengaja memutarbelitkan fakta.

Tuan Ibrahim dilaporkan memberi respons kepada Utusan melalui khidmat pesanan ringkas (sms). Namun, Tuan Ibrahim yang melahirkan kekecewaan ekoran laporan Utusan tersebut lalu menghantar SMS kepada Harakahdaily.

"Bila pula ana sebut nama dia orang tu.Yg dikod (quote) "....." Itu kenyataan ana. Putar alam betul," tegasnya dalam sms kepada Harakahdaily. Tuan Ibrahim turut menegaskan semua ahli PAS mesti berpegang dengan fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah. Beliau sekali menafikan penglibatan pimpinan utama PAS dengan ajaran Syiah.(Hrkh)

Lihat.. Ada kaitan..
E-Buku IH-77: Pemilihan Kepimpinan PAS 2013

E-Buku IH-77: Pemilihan Kepimpinan PAS 2013

1 comment:

Anonymous said...

klu mahfuz xde maknenye dia ngn syiah..xde isu,tp klu mat sabu tue bt rata2 org dlm pas sndiri pon confius..terutama dlm isu syria..diam membisu seribu bhasa..ini lah puncanya isu syiah nie jd terlalu bsar dlm pas dan dimainkan oleh musuh islam spaya pas berpecah..hrp pemimpin pas bijak dlm menghadapi isu ini..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails