Friday, August 02, 2013

Gantikan ISA & EO, Dengan Islam. Syabas Pemuda! -I/Hasyim


NONEKL: SYABAS pemuda PAS Malaysia, Tahniah! Begitu ucapkata dari Weblog Ibnu Hasyim.

Kerana DPPP(Pemuda PAS) mempromosikan bahawa, 'undang-undang Islam boleh menggantikan kekosongan akibat penghapusan Akta Keselamatan dalam Negeri (ISA) dan Ordinan Darurat (EO)' yang dikatakan punca meningkatnya kadar jenayah akhir-akhir ini, saperti lapor Malaysiakini hari ini.

Ketuanya YBNasrudin Hassan (kiri) juga berkata, setelah sekian lama negara ini menggunakan "undang-undang ciptaan manusia", gejala jenayah terbukti bukan sahaja tidak menurun, bahkan semakin parah.

Editor Weblog Ibnu Hasyim amat bersetuju dengan kenyataannya, 'Undang-undang Allah ada keberkatan, (ia mekanisme), tegah dan kawal daripada Allah SWT yang selama ini hilang dari perlaksanaan undang-undang negara kita dan akhirnya jenayah tidak pernah surut.'

Kenyataan beliau itu disambut baik oleh Persatuan Ulama Malaysia (PUM) yang mencadangkan ia harus turut diguna pakai kepada orang bukan Islam melalui penyatuan sistem sivil dan syariah di negara ini.

"Sudah sampai masanya undang-undang syariah digunapakai bagi membanteras jenayah, daripada aspek mekanisme dan kaedah pelaksanaannya." Kata Dr Hj Mohd Hasyim editomya.

Ibnu Hasyim

"Saya tidak bersetuju dengan pandangan yang berpendapat, cadangan itu jika dilaksanakan tidak akan menyelesaikan masalah kerana kegiatan jenayah bukan disebabkan undang-undang, tetapi kerana kegagalan pelaksanaan pihak polis.

"Pada saya 'kegagalan pelaksanaan pihak polis' itu salah satu dari sebabnya.. Tetapi, jika diteliti sejarah perundangan Islam hingga masakini, terbukti ianya suatu kejayaan dan banyak memberi sumbangan kepada tamadun kemanusiaan sejagat. Bukan kepada orang Islam sahaja.

"Bahkan tempelan secebis perundangan Islam dimasukkan ke dalam kerangka perlembagaan sekular juga mampu membawa kebaikan yang lumayan, walaupun ia asalnya (dalam kontek M'sia) dari kepala otak Lord Ried 'made in England'. Contohnya terkini, seperti yang sedang dilaksanakan di Turki sekarang dan mungkin baru ura-ura di Mesir (kerana Mursi baru 1 tahun memerintah! (Lihat Morsi Disingkirkan Kerana Pemikirannya.. -K/Peris...) Jelas Dr Hi Mohd Hasyim lagi. (IH)

Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-46: Isu Hudud, K'tan & Nik Abd Aziz
E-Buku IH-46: Isu Hudud, K'tan & Nik Abd Aziz

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails