Saturday, August 03, 2013

Bagaimana Islam Selesaikan Masalah EO dan ISA? Ini...

Oleh Nasrudin Hassan 

Islam Adalah Penyelamat
1. Terlalu lama negara kita tersangkar dalam sebuah kehidupan yang mengenepikan Islam sebagai cara hidup, akhirnya Islam menjadi asing kepada rakyat umum kecuali hanya dalam perkara ibadah rutin. Solat, puasa, zakat dan haji. Soal undang-undang Islam sangat jauh dari pemerhatian dan pengetahuan kebanyakan masyarakat kita hari ini. Malah terdapat sebahagian ummat Islam yang bersikap prejudis terhadap undang-undang Islam.

2. Pelbagai persepsi buruk dilemparkan kepada Islam. Kononnya laksana undang-undang Islam pun belum tentu jenayah dapat diatasi. Sedang mereka lupa bahawa bahawa undang-undang manusia ini sudah tentu tidak dapat mengatasi masaalah jenayah malah semakin parah.

3. Mereka mendakwa bahawa undang-undang Islam tidak akan dapat memberi keadilan kepada rakyat khasnya non muslim, sedang undang-undang Islam ini tidak pernah diberi peluang untuk berdaulat dan dikuatkuasakan dalam pemerintahan moden negara kita sebagaimana yang dikehendaki oleh yang Maha Pencipta Allah swt.

4. Mereka bimbang tiada keupayaan dan kemampuan melaksanakan undang-undang Islam lalu mendatangkan fitnah kepada Islam. Persoalannya negara kita telah merdeka lebih 50 tahun dan telah berjaya melahirkan ramai tenaga pakar dalam pelbagai bidang. Sama ada menerusi universiti dalam negara mahupun yang dididik di luar negara. Jika isu kepakaran tenaga menjadi halangan untuk perlaksanaan undang-undang, bukankah universiti dalam negara kita mempunyai fakulti undang-undang Islam? Manfaatkan pensyarah dan best studentnya untuk membantu perlaksanaan undang-undang Islam.

5. Negara kita adalah sebuah negara yang masyarakatnya majmuk. Pemerintahannya pula sekular. Bagaimana Islam boleh dilaksana sedang masih terlalu ramai yang jahil tentang Islam. Persoalannya, negara kita telah mengamalkan British Law sejak merdeka. Sedang ia bukan undang-undang Islam, kenapa pula boleh dipaksakan ke atas ummat Islam sejak sekian lama? Berapa peratus rakyat negara ini memahami British Law sehingga negara boleh amalkan British Law tersebut?

6. EO dan ISA adalah undang-undang primitif pula sebahagiannya bercanggah dengan Islam. Kenapa perlu menguatkuasakan kembali EO dan ISA sedang negara ada peluang untuk tangani jenayah dengan undang-undang ciptaan Allah swt Tuhan yang Maha Mencipta.
 7. Kerajaan boleh melakukan langkah ini:
  • panggil pakar undang-undang Islam untuk bantu rangka akta baru menggantikan EO dan ISA bagi menghadapi jenayah yang semakin menggila.
  • libatkan wakil parti-parti politik sebagai panel menggubal akta baru tersebut.
"Bersama Perangi Jenayah"

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails