Saturday, August 03, 2013

Polis Tumpas Kegiatan Judi Internet Dalam Rumah Kampung


BUKIT MERTAJAM: Polis menyerbu sebuah rumah kampung di kawasan perkampungan Machang Bubuk di sini dan menahan 33 lelaki berumur antara 20 dan 35 tahun yang sedang bermain judi berkomputer tengah malam Khamis.

Jurucakap polis berkata bertindak atas risikan, sepasukan polis Bahagian Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian (D7) Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) yang di ketuai Insp Shazrul Fadly Adnan menyerbu rumah berkenaan pada pukul 12 tengah malam.

"Sindiket perjudian itu cuba mengaburi pihak berkuasa dengan menjadikan rumah kampung sebagai tempat mereka menjalankan kegiatan judi," katanya kepada pemberita di sini Jumaat.

Beliau berkata turut ditahan dalam serbuan itu ialah seorang lelaki yang bekerja sebagai penjaga tempat judi itu serta merampas 28 komputer dan dua modem internet. Ketua Polis Daerah SPT ACP Azman Abd Lah ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan berkata polis akan terus menjalankan operasi membanteras perjudian di daerah itu. - BERNAMA
 

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Nak larang macam mana, kerajaan Malaysia pun main judi, siapkan tempat judi. Muntah ke darah, tak kira 'halal haram' dari sisi agama. Bukan kira bulan puasa atau sambut Hari Raya saja. Guru kencing berdiri, murid kencing berlari, kata pepatah.
Ini bukan kencing berdiri lagi, guru dah kencing berlari, bayangkan muridnya bagaimana? Itulah Malaysia, kencing syaitan!

Lihat sebelum ini...
E-Buku IH-58: 'Universiti Ramadzan' Al-Mubarak.
E-Buku IH-58: 'Universiti Ramadzan' Al-Mubarak. 

E-Buku IH-73: Kembali 'Univ Ramadzan' 2013.

E-Buku IH-73: Kembali 'Univ Ramadzan' 2013.

1 comment:

Anonymous said...

Nampakgaya rakyat payah sikit nak paham situasi begini kerana rakyat merasa mereka berhak menghalang perlakuan itu bersama wakil rakyat yang mereka pilih. Walhal segala janji manis calon wakil rakyat yang sekarang memang dudok dalam kerajaan dah bukan lagi wajib sunat pon belom tentu ditunaikan.

Rakyat mengambil pendekatan menangani sendiri masalah tersebut, perbuatan itu salah di sisi peratoran negara kerana di pihak kerajaan telah sedia ada badan beruniform khusus yang menangani masalah tersebut dan bukan di bahu rakyat. Rakyat sepatutnya dudok diam diam buat hal masing masing dan tidak sibok urusan penguatkuasaan undang undang kerana tugas rakyat lebih kepada menyediakan ongkos melalui pembayaran segala cukai cukai, urusan memerentah negara serah saja kepada kerajaan uruskan. FAHAM.

Jika pada penilaian kerajaan di kawasan tersebut ada menafaat yang dapat dikongsi antara kerajaan dengan rakyat, bersabarlah tak lama lagi aktiviti itu akan DIIZINKAN melalui pemberian LESEN rumah perjudian.

Bersyukorlah kerana rakyat telah memilih dan memberi mandat kepada kumpulan orang yang benar benar tahu keperluan rakyat sekelian.

Kepada beberapa kerat orang yang kecewa memang sentiasa berbeza pendapat dengan hasrat kerajaan, apapun perbuatan kacauganggu itu bersifat sementara sahaja dan ianya akan lenyap dengan sendiri apabila kerajaan meluluskan lesen bagi premis perjudian jika ada keperluan di situ

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails