Monday, July 29, 2013

Bahana Arak, Bagaimana Sepatutnya?

KHAI KUNG cedera parah selepas dibelasah dan ditetak dengan senjata tajam oleh tiga lelaki di sebuah gelanggang bola keranjang di George Town kelmarin.

GEORGE TOWN – Gara-gara minum arak sehingga mabuk bersama tiga lelaki yang tidak dikenali, seorang tukang masak cedera parah apabila dibelasah sampai lembik hingga terpaksa menerima beberapa jahitan selepas ditetak dengan senjata tajam kelmarin.

Kejadian di tepi gelanggang bola keranjang di Jalan Hutton di sini pada pukul 10.25 pagi itu menimpa Boo Khai Kung, 51. Sumber berkata, kejadian itu mengakibatkan leher kanan Khai Kung parah akibat ditetak manakala tulang pipi kirinya retak selepas dibelasah tiga suspek yang turut mabuk bersamanya. (Kosmo)

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Itu sebabnya Islam awal-awal lagi mengharamkan arak untuk kebaikan manusia, termasuk dadah dan yang sejenis dengannya. Kerajaan Malaysia sepatutnya memperluaskan pengharaman arak bukan dadah sahaja, keseluruh negara, selaras dengan Islam sebagai Agama bagi Persekutuan. (Perlembagaan Fasal 3).

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails