Friday, July 22, 2022

Pesta lari lembu jantan & lelaki se kereta 47 kucing.

 

Demi keseronokan dan pulangan kewangan yang lumayan, festival larian lembu jantan kembali diadakan di Sepanyol selepas tidak berlangsung sepanjang pendemik Covid-19, biarpun sering menyebabkan kecederaan dan kematian dalam kalangan orang ramai yang menyertainya. (FOTO english.elpais.com)

1. Festival larian lembu jantan Sepanyol: 23 maut

MADRID: Sejumlah 23 individu maut termasuk tiga kes terbaharu dalam tempoh lapan tahun yang lalu  akibat kecederaan parah yang dialami dialami ketika berlangsung festival larian lembu jantan di timur Sepanyol.

Dalam kejadian terbaharu, tiga lelaki meninggal dunia dalam tempoh 24 jam di hospital Valencia, di sini, apabila ditanduk beberapa ekor lembu jantan ketika ketiga-tiga mereka mengambil bahagian dalam  festival bous al carrer (larian lembu) tradisional di situ.

Kumpulan hak asasi haiwan sudah lama memberi amaran tentang risiko bahaya festival  berkenaan kepada orang ramai dan juga haiwan terbabit, lapor BBC.

“Seramai 20 orang telah meninggal dunia di wilayah Valencia dalam tempoh lapan tahun yang lalu, sebelum ketiga-tiga lelaki dalam kes terbaharu ini meninggal dunia yang mana  kesemuanya cedera parah semasa kejadian dalam dua minggu lalu,” ujar kenyataan kumpulan  hak asasi haiwan berkenaan. 

Dalam salah satu kejadian terbaharu itu, di Picassent, selatan bandar Valencia, seorang lelaki berusia 56 tahun yang berdiri di belakang blok di tengah jalan telah dilambung lembu jantan ke udara dan mengalami kecederaan otak traumatik. 

Lelaki itu meninggal dunia pada Selasa (19 Julai)  di hospital di Valencia, sembilan hari selepas kejadian itu.

Seorang lagi lelaki, berusia 50 tahun, turut meninggal dunia di hospital selepas paru-parunya tertusuk seekor lembu jantan di Meliana, utara Valencia; dan mangsa ketiga ialah seorang pelawat Perancis berusia 64 tahun meninggal dunia pada Isnin (18 Julai) akibat kecederaan yang dialaminya pada festival di Pedreguer.

Datuk Bandar Meliana berkata, lembu jantan itu sememangnya haiwan dan kemalangan jiwa  adalah risiko yang perlu ditanggung oleh orang ramai apabila mengambil bahagian dalam festival membabitkan haiwan berkenaan di Sepanyol.

Festival larian lembut jantan paling terkenal di Sepanyol, San Fermin yang berlangsung di Pamplona, menyaksikan 35 kecederaan pada tahun ini. 

“Ia adalah kali pertama diadakan dalam tempoh tiga tahun, disebabkan pandemik Covid-19 sebelum ini,” ujar laporan BBC.

Pertubuhan haiwan Sepanyol (Pacma) dalam pada itu mengulangi gesaannya agar memansuhkan festival larian lembu jantan di Sepanyol, dengan mengkritik penganjur tiga festival di Valencia kerana membahayakan nyawa penduduk dan melakukan penderaan terhadap haiwan.

Sementara itu, Global News Canada melaporkan tradisi kontroversi (larian lembu jantan) itu sudah lama menghadapi kritikan daripada kumpulan hak asasi haiwan yang berpendapat bahawa amalan itu berbahaya untuk haiwan dan orang ramai.

Apa yang menyebabkan kumpulan hak asasi haiwan mahu agar festival itu dimansuhkan terutama adalah kerana sebaik acara itu berakhir dengan lembu-lembu itu dibunuh.

Bagaimanapun, festival berkenaan telah membawa pulangan ekonomi yang banyak terhadap Valencia, dengan lebih 10,000 acara larian lembu jantan setiap tahun dan lebih daripada 3,000 peluang pekerjaan; selain membawa masuk kira-kira 300 juta euro (RM1.78 bilion). -HARAKAHDAILY 22/7/2022.

2. Lelaki tinggal di kereta bersama 47 ekor kucing 

Sebanyak 47 ekor kucing ditemui dalam sebuah kereta yang diparkir di Minnesota baru-baru ini. (FOTO Animal Humane Society)

MINNESOTA: Sekeping gambar telah mengejutkan umum apabila ia merakam 47 ekor kucing bersesak-sesak di dalam kereta seorang gelandangan yang diparkir dalam keadaan panas terik di kawasan rehat Minnesota.

Kucing-kucing itu ditemui tinggal di dalam kenderaan itu bersama pemiliknya, yang baru-baru ini menjadi gelandangan; dan disebabkan tidak mahu meninggalkan kucing-kucingnya itu, dia nekad membawa 47 ekor kucing tinggal bersamanya di dalam sebuah kereta, lapor New York Post.

“Malangnya, dengan bahang cuaca dia menyedari bahawa ia adalah di luar kemampuannya ketika ini. Dan dia membenarkan kami membantu mereka,” kata penyiasat Animal Humane Society, Ashley Pudas.

Suhu di perhentian rehat Interstate 35, kira-kira 50 batu di utara Minneapolis, meningkat melebihi 90 darjah pada hari Selasa (19 Julai).

“Pemiliknya telah tinggal bersama kucing-kucing itu  yang berumur kurang dari setahun hingga lebih 12 tahun  untuk beberapa lama di dalam kereta itu,” kata Pudas sambil menyatakan bahawa lelaki itu tidak meninggalkan kucing itu sendirian.

Walaupun panas terik dan keadaan tidak bersih, kebanyakan mereka hanya mengalami masalah perubatan kecil.

Lelaki itu sebelum ini telah menyerahkan 14 daripada kucing itu, yang diambil oleh organisasi penyelamat tempatan.

Sementara, Independent.co.uk pula melaporkan empat dozen kucing itu, berumur dari hanya di bawah setahun hingga 12 tahun, didapati berada dalam keadaan sihat oleh doktor dari Animal Humane Society di dalam keretanya bersama 47 kucingnya terpaksa menyerahkan haiwan peliharaannya kepada Persatuan Kemanusiaan Haiwan.

Pihak berkuasa berkata, kereta lelaki tersebut yang baru-baru ini kehilangan tempat tinggal ditemui diparkir di kawasan rehat Minnesota tenggara dengan hampir empat dozen kucingnya berada di dalam kenderaan itu. – HARAKAHDAILY 22/7/2022


Hibur Hibur Sikit

Traveling Kashmir a Paradise Neelum Valley Road Trip Pakistan



JAZIRAH ISLAM | MENGENAL MUSLIM KASHMIR (12/06/18






urdu tarana urdu tarana mp3 free download urdu tarana lyrics urdu tarana ringtone urdu tarana download urdu tarana dj song ...



Undilah PAS dan rakan kumpulannya!


PERHATIAN: NO TELEFON IBNU HASYIM.COM TERKINI 014-400 2015

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails