Sunday, May 29, 2022

T/Ibrahim idola saya, kalau saya bersalah saya mohon maaf! -IH.

 

‘Saya tiada masalah untuk memaafkan kesilapan’  -Tuan Ibrahim 

KUALA LUMPUR: Timbalan Presiden PAS, Dato’ Sri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, beliau tiada masalah untuk memaafkan kesilapan dan fitnah namun ia terus tersebar.

Ini, kerana katanya yang mengulas tidak menarik ulasan dan yang percaya akan terus menambah keyakinan.

“Saya tiada masalah untuk memaafkan kesilapan dan fitnah. Namun fitnah terus tersebar merata dunia, dan maki hamun cerca telah melakar di mana-mana.

“Kerana pembetulan dan permohonan maaf tidak akan disebar sebagaimana cepatnya berita fitnah tersebar,” katanya menerusi laman sosial beliau, semalam.

Ini susulan tersebar posting dalam satu laman sosial petikan kononnya daripada laman Facebook beliau yang menyatakan ‘kempen bela lima ekor ayam setiap rumah mampu atasi bekalan ayam’.

Bagaimanapun, pihak yang memetik kononnya Tuan Ibrahim ada menulis perkara itu menerusi Facebook beliau telah menyatakan permohonan maaf.

“Inilah yang terjadi sejak dahulu, sehingga Allah meletakkan garis panduan agar dilakukan ‘tabbayun’ bilamana mendapat sesuatu berita dari orang fasik,” ujarnya lagi.

Beliau yang juga Menteri Alam Sekitar dan Air menambah, namun dalam dunia yang terbuka kini, tidak lagi dapat dipastikan apakah sumber berita itu daripada golongan fasik, zalim atau kuffar.

Maka, katanya langkah terbaik ialah menyemak apakah berita itu ada dalam portal rasmi atau tiada.

Sehubungan itu, belaiu mengingatkan supaya dipastikan hanya berita yang mendapat pahala disebar dan jangan ghairah mengejar like dan share, follower atau bayaran yang diperolehi sahaja.

“Kepada Allah kita berserah,” katanya yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian. – HARAKAHDAILY 29/5/2022

Komen Weblog Ibnu Hasyim: "Tuan Ibrahim idola saya, kalau saya bersalah saya mohon maaf!" kata Ibnu Hasyim. 

"Terasa juga saya bila melihat kenyataan Harakah, 'Ini, kerana katanya yang mengulas tidak menarik ulasan dan yang percaya akan terus menambah keyakinan.' Oleh itu saya memohon maaf bersungguh-sungguh kepada Tuan Ibrahim!" Jelas Ibnu Hasyim lagi.

"Haraf maaf lagi, segala nashat Tuan Ibrahim saya terima, dan saya ucapkam terima kasih. Al-hamdulillah!" Sambung Ibnu Hasyim.

Sila rujuk balik.. Ayam: Komen Rakyat, "idea terbaik setakat ni

PERHATIAN: NO TELEFON IBNU HASYIM.COM TERKINI 014-400 2015

1 comment:

Anonymous said...

Bila agen DAJJAL mengibarkan bendera LBGT dikedutaan mereka, maka bersoraklah pengikut2 dajjal di Indonesia tanda gembira. Bergitu juga pengikut2 mereka disini yg sangat gembira dan senang dengan peristiwa tersebut. Kepada para ulamak nusantara marilah sama2 kita mengutuk agen2 DAJJAL ini. Jom sama2 nyahkan mereka dari alam nusantara!!!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails