Sunday, May 29, 2022

Shereen raih emas di AS. M'sia X sukan syariah..

 

Shereen raih emas acara 400 m Kejohanan Trek dan Padang di Michigan, Amerika Syarikat.

SUKAN

Shereen raih emas di Amerika Syarikat

KUALA LUMPUR: Atlet olahraga negara Shereen Samson Vallabouy sekali lagi mencipta sensasi apabila meraih emas acara 400 meter (m) wanita di Kejohanan Individu Divisyen II Trek dan Padang di Michigan, Amerika Syarikat, semalam.

Menerusi keputusan di laman rasmi Persatuan Olahraga Kolej Kebangsaan (NCAA), Shereen yang mewakili Winona State University mencatatkan 52.68 saat (s) mengatasi rekod peribadi 53.79s yang dilakukan di Kejohanan Trek dan Padang Dalam Dewan di Kansas, Amerika Syarikat pada 12 Mac lalu.

Ayana Field (53.44s) yang mewakili Cal Poly Polmona di tempat kedua manakala Hanna Williams (53.49s) dari Missouri Western di tempat ketiga.

Sebelum ini, Shereen menjadi sebutan selepas melebur rekod kebangsaan milik Noraseela Mohd Khalid 54.58s yang dilakukan pada 2006

Atlet berusia 23 tahun itu adalah anak bongsu kepada bekas bintang olahraga negara Samson Vallabouy dan Josephine Mary Singarayar. - BERNAMA

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Di Malaysia masih belum wujud 'bersukan menurut syariah'. Kecuali di negeri-negeri yang dimenangi oleh parti Islam (PAS) dalam PRU 14 yang lalu.

Kalau mahu 'bersukan menurut syariah' dilaksanakan di seluruh Malaysia, sila beri kemenangan tambahan kepada PAS di negeri-negeri lain lagi di Malaysia dalam PRU 15 akan datang.

Allah bersama orang-orang yang beriman. Insya Allah!


PERHATIAN: NO TELEFON IBNU HASYIM.COM TERKINI 014-400 2015

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails