PROJEK Transit Aliran Massa 2 (MRT 2) iaitu bagi laluan Putrajaya (Fasa 1) akhirnya dilancarkan 16 Jun baru-baru ini meluaskan lagi jajaran kemudahan perkhidmatan pengangkutan awam negara khususnya di Ibu Negara.
Hal paling melucukan adalah reaksi segera pimpinan DAP yang ‘mengimbau nostalgia’ kononnya Kerajaan Pakatan Harapan (PH) ketika memerintah 22 bulan telah melakukan penjimatan bagi projek itu.
Secara khusus, ‘memori indah’ itu dikagumkan sebagai sikap berhemat, kebijaksanaan kewangan dan tadbir urus baik oleh Menteri Kewangan dan Setiausaha Politiknya ketika itu.
Kedua-dua figura dari DAP itu dipuji telah membantu mengurangkan hutang dan faedah perlu dibayar kerajaan menggunakan wang pembayar cukai, selain menjaga integriti menerusi tender terbuka.
Kata orang ‘barang yang lepas jangan dikenang’, pun begitu biarkanlah DAP hendak jauh berkhayal hatta bersuka ria mabuk sekalipun kerana ‘syok’ mengukir kisah sudah berlalu itu.
Tetapi ‘claim’ berlebihan DAP itu harus menjadi peringatan buat segelintir mereka yang masih tidak sedar antaranya PAN. Asyik bercandu wangi kepada parti Cauvinis itu meneguk lazat segala muslihat licik mereka.
Hakikatnya, penjimatan RM8.82 bilion pembangunan infrastruktur projek MRT 2 yang didakwa itu sebenarnya hasil dari penangguhan dan rasionalisasi. Ia melibatkan penundaan pembukaan stesen serta penyederhanaan kemasan seni bina stesen skop kerja bawah tanah dan bertingkat.
Malangnya apabila siap, netizen cepat menghamburkan kekesalan atas rekabentuk yang ‘ketinggalan zaman’ diminta Kerajaan PH ketika itu. Lebih malang tentulah kepada DAP kerana rakyat cukup ingat bahawa rupa sedemikian terjadi disebabkan langkah mundur dibuat Menteri parti itu.
Angkara dua politikus DAP itu sudah cukup mengharu-birukan Kementerian Kewangan, bukan sahaja terhadap MRT 2, tetapi juga ke atas projek-projek penting negara dan peruntukan belanjawan ke atas rakyat.
Antara lain projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) yang dibatalkan, kemudian diteruskan berserta perubahan. Misalnya Kelantan dari asal mendapat lima stesen, tetapi diubah PH juga melalui Menteri Pengangkutan daripada DAP kepada dua stesen sahaja.
Jajaran asal ECRL turut berubah ‘melencong’ jauh tiba-tiba perlu memasuki Negeri Sembilan dahulu sebelum berpatah balik ke Selangor. Agaknya Menteri itu yang juga Ahli Parlimen Seremban mahu mengambil ‘political mileage’ tertentu?
Kalau ECRL melibatkan bersama pihak negara China, projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) Kuala Lumpur-Singapura melibatkan jiran di Selatan Tanah Air itu pula menerima nasib dibatalkan. MRT 3 pun serupa, manakala projek Transit Aliran Ringan 3 (LRT3) dari kos asal RM9 bilion, tetapi di bawah PH naik RM31 bilion, sebelum turun menjadi RM16 bilion.
Tidak mengapalah itu atas pertimbangan yang ada. Tetapi Menteri Kewangan cukup ‘mengepung’ wang negara itu ada musykil yang mesti dilihat. Ironinya, Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang (PTMP) di negeri diperintah DAP itu tidak pula dirasionalisasi, bahkan kos makin berganda serta bertambah komponennya.
Jahatnya juga Menteri Kewangan DAP ketika di jawatan itu apabila pernah cuba memberi persepsi buruk kepada Kelantan menyatakan Kerajaan Negeri meminta wang daripada Kerajaan Persekutuan PH. Sebenarnya beliau menyembunyikan hutang belum dilunaskan Kerajaan Persekutuan kepada Kerajaan Kelantan sebanyak RM180 juta lebih.
Rekod buruk lain kewangan negara ketika berada di bawah tadbir urusnya termasuk peningkatan hutang kerajaan daripada RM686 bilion kepada RM741 bilion iaitu 51.8 peratus daripada Keluaran Dalam Kasar Negara (KDNK).
Tak sampai setahun memerintah, defisit kerajaan turut merosot kepada RM52.5 bilion berbanding sebelum itu RM40.3 bilion. Begitu juga rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia pada Januari 2019 kepada USD102.1 bilion berbanding Mei 2018 sebanyak USD109.4 bilion.
Dividen PETRONAS yang sebelum itu dibayar RM16 bilion kepada kerajaan, tiba-tiba untuk tahun 2018 di bawah PH dipaksa membayar RM80 bilion. Itu yang dibanggakan sangat Menteri Kewangan DAP?
Ada begitu banyak lagi fakta tadbir urus kewangan di zaman itu untuk diulang ingat yang menunjukkan kewenangan Menteri DAP itu serta penindasan tidak langsungnya ke atas rakyat marhaen. Namun semua itu akan memanjangkan lagi artikel ini yang Insya-Allah akan dibentangkan dalam tulisan pada tajuk lain.
NAZMAN CHE IBERAHIM
Darulnaim Research Centre – HARAKAHDAILY 20/6/2022
2. Tiada pemimpin Kelantan didakwa kesalahan rasuah
KOTA BHARU: Sehingga sekarang tiada dalam kalangan pemimpin dan kakitangan kerajaan negeri didakwa atas kesalahan penyelewengan, salah guna kuasa dan rasuah.
Timbalan Menteri Besar Dato’ Mohd Amar Abdullah berkata, perkara itu dipertahankan sejak zaman pentadbiran Allahyarham Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat sehingga sekarang.
Katanya arwah Tok Guru pernah pernah sebut sekiranya ada bukti penyelewengan, salah guna kuasa dalam kalangan pimpinan kerajaan Kelantan wajar dibuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atau Polis Diraja Malaysia.
“Kalau ada laporan dibuat, kami sedia untuk disiasat dan itu memang pendirian kerajaan ngeri kerana dari segi demokrasi sesiapa sahaja boleh bercakap atau memberi komen.
“Namun sebarang dakwaan mesti ada bukti dan itu merupakan asasnya,” kata beliau selepas program Apresiasi Kumpulan Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan & Pidato Ekonomi Sunnah ‘Penggerak Pembangunan Ummah’, di sebuah hotel di sini malam tadi.
Hadir sama Presiden PAS, Tan Sri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan Menteri Besar Kelantan Ustaz Dato’ Bentara Kanan Ahmad Yakob, anggota-anggota Exco dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PKINK Ab Aziz Yunus.
Mohd Amar juga tidak menafikan sejak 1990 sehingga sekarang terdapat beberapa pegawai atau kakitangan kerajaan negeri disiasat berhubung perkara tersebut selepas menerima laporan daripada pihak tertentu. – HARAKAHDAILY 20/6/2022
Komen Weblog Ibnu Kasyim: Khayal lucu igauan DAP mulut lebar mengenai MRT2. Kelantan yang hebat tiada langsung rasuah pemimpinnya, bukan macam lidah biawak DAP!
Undilah PAS dan rakan kumpulannya!
Sila lihat..
PERHATIAN: NO TELEFON IBNU HASYIM.COM TERKINI 014-400 2015
1 comment:
Alhamdullillah. Masih ada sebuah parti yg pimpinan tidak ke mahkamah kerana rasuah. Parti ini berpotensi bawa malaysia ke era baru. Bebas rasuah dan pentadbiran bersih. Cerdik bersih yg tiada pada parti lain.
Post a Comment