Wednesday, June 22, 2022

Lagi seksual Menteri Perancis. Rogol pula..

 

Chrysoula Zacharopoulou. - Foto AFP

Menteri Perancis disiasat kes rogol

PARIS: Pendakwa raya Perancis menjalankan siasatan terhadap seorang menteri muda dalam kerajaan Presiden Emmanuel Macron yang didakwa dalam dua kes rogol.

Dakwaan rogol itu berlaku ketika Chrysoula Zacharopoulou yang kini setiausaha kerajaan untuk pembangunan, Francophonie dan perkongsian antarabangsa bekerja sebagai pakar sakit puan, menurut majalah Perancis Marianne.

Satu laporan dibuat pada 25 Mei dan siasatan dibuka dua hari kemudian, kata pihak pendakwa. Laporan kedua difailkan pada 16 Jun.

Zacharopoulou, 46, kelahiran Greece, menyertai kerajaan Perdana Menteri Elisabeth Borne pada Mei, selepas menjadi ahli Parlimen Eropah selama tiga tahun.

Beliau menjadi terkenal pada 2015 dengan berkempen untuk meningkatkan kesedaran awam mengenai endometriosis bersama-sama dengan aktres Julie Gayet, yang tahun ini berkahwin dengan bekas presiden Perancis Francois Hollande.

Zacharopoulou terbabit dalam usaha pelancaran vaksin coronavirus COVAX Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan lantang menyokong hak reproduktif wanita.

Ini bukanlah dakwaan rogol pertama yang membayangi kerajaan Macron dan berlaku pada masa kesukaran politik bagi presiden selepas beliau gagal mengekalkan majoriti dalam pilihan raya parlimen.

Pendakwa raya menyiasat Menteri Dalam Negeri Gerald Darmanin berhubung dakwaan rogol yang difailkan pada 2017. Beliau menafikan sebarang salah laku dan pendakwa pada Januari meminta kes itu digugurkan.

Menteri Solidariti Damien Abad juga menjadi sasaran dakwaan rogol dalam kontroversi yang tercetus bulan lalu tetapi pendakwa raya Perancis berkata mereka tidak membuka siasatan pada masa ini. - AFP

Komen Weblog Ibnu Hasyim:  

Begitulah, contoh-contoh akhlak pemimpin-pemimpin politik di barat. Seks pun dijadikan bahan 'rasuah'. Masihkah negara umat Islam mahu berqiblatkan ke barat? Umat Islam ada identiti dan sistem 'kekhalifahan' bermaruahnya sendiri. Bukan meniru bodoh politik bukan Islam, seperti beberapa parti politik di Malaysia.

Kembaliah, zaman kegemilangan Islam menunggu umatnya, seperti mana janji Allah SWT. Kembalilah, dengan izinNya! (IH)


2 comments:

Anonymous said...

Syed Saddiq mempergunakan nama ibu bapa untuk berbohong?
Syed Saddiq mempergunakan nama ibu bapa untuk berbohong?

Syed Saddiq didakwa mengeluarkan wang tunai RM1.12 juta secara tidak jujur daripada akaun bank PPBM untuk kegunaan sendiri.

Daripada situ, dia menggunakan RM100k untuk membeli unit ASB atas namanya sendiri.

Kes itu kini di mahkamah tetapi apa yang didedahkan semalam menunjukkan dia juga menggunakan nama ibu bapanya untuk berbohong kepada orang ramai.

Di tengah-tengah tersebarnya gambar dan video dia bersama beberapa gadis (termasuk seorang gadis bergambar dengan Syed Saddiq sedang tidur) di banglo Damansaranya terdapat juga kontroversi wang tunai RM250k yang hilang dari peti besinya.

Dia kemudian memberitahu orang ramai bahawa RM250k itu adalah daripada dia dan ibu bapanya dan akan digunakan untuk mengubah suai rumah yang dia beli.

Anonymous said...

Jika heret ibubapa dalam kes dia, ternyata syed bukanlah seorang anak yg baik. Dah besar panjang masih nak bergantung pada parent. Buat keputusan sendiri. Elakkan dari ibubapa terjebak sama. Dah tua tua ni, mereka memerlukan rehat yg banyak. Perlu ada ruang untuk muhasabah diri. Dah tak banyak masa untuk bermuhasabah. Tapi anak dah tutupkan ruang itu. Jika anak sanggup kencingkan parents, rakyat akan jadi tempat kencing yg lebih teruk dari parentsnya.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails