Sunday, June 07, 2009

Antara Usul PAS, Haramkan Sisters In Islam, ke arah Islam Liberal?



SHAH ALAM Ahad Jun 7, 2009 : Muktamar Tahunan PAS Ke-55 menggesa kerajaan mengharamkan Sisters in Islam (SIS) jika terbukti bertentangan dengan syariat Islam dan membuat pemulihan ke atas ahli-ahlinya. Gesaan itu terkandung dalam salah satu yang diterima tanpa bahas hari ini, seperti yang dilaporkan mStar online.

Sesi perbahasan sedang berlangsung. Usul itu dikemukakan oleh PAS kawasan Shah Alam. Usul itu antara lain berbunyi menyedari bahawa aliran dan pandangan dibawa oleh SIS boleh mengelirukan masyarakat, mendesak Majlis Fatwa Kebangsaan membuat penyelidikan ke atas SIS yang membawa aliran Islam liberal dan seterusnya mengharamkan pertubuhan tersebut jika terbukti bertentangan dengan syariat Islam dan membuat program pemulihan ke atas ahli-ahlinya.

Muktamar PAS telah membahaskan tiga usul dan ada usul yang diterima tanpa perbahasan. Kebanyakan usul yang diterima tanpa bahas merupakan usul yang diluluskan oleh Muktamar Ulama, Pemuda dan Muslimat pada Khamis lalu. Sebahagian besar usul mereka telah diterima oleh Jawatankuasa Usul. Dua usul mereka telah ditolak.

Antara usul yang diterima oleh Muktamar Tahunan PAS Pusat hari ini ialah:

- Pakatan Rakyat perlu mewujudkan sistem saringan bersama untuk memilih calon-calon pilihan raya berkelayakan

- Menentukan formula baru menentukan kuota calon pilihan raya yang sesuai dengan keperluan semasa

- Majlis Syura dan Dewan Ulama mengambil inisiatif untuk melahirkan ulama-ulama pelapis serta memfokus pembinaan keupayaan dalam penguasaan pelbagai disiplin ilmu termasuklah ilmu siasah dan pengurusan

- Jawatankuasa Disiplin parti membuat siasatan dan seterusnya mengambil tindakan terhadap ahli-ahli PAS yang terlibat dalam menyebarkan berita-berita fitnah dan mencabar kredibiliti pimpinan tertinggi PAS

- Kepimpinan PAS Pusat, negeri, kawasan dan ahli keseluruhannya memberi tumpuan kepada usaha membina kekuatan parti bukannya merosakkan parti dan memecahbelahkan parti dengan label-label seperti kumpulan promuzakarah, pro-Pakatan Rakyat dan kumpulan erdogan

- Menggesa ahli-ahli PAS menanam sikap taat dan tsiqah serta berhati-hati terutamanya dalam memberikan pendapat individu dalam penulisan mereka

- Memperbaiki dan memperkemas komposisi ahli Majlis Syura Ulama agar ia dihormati, berwibawa dan telus untuk mencapai tahap perkasa

- Memandang serius dan memahami dengan teliti kuasa dan fungsinya agar tindak bertindih dan bercanggah dengan kuasa dan fungsi Jawatankuasa PAS Pusat yang boleh menyebabkan badan ini tidak berwibawa, senang dipengaruhi dan boleh menimbulkan kekeliruan di kalangan ahli PAS

- Melantik ahli-ahli Majlis Syura Ulama yang benar-benar bebas, telus, berani dan tegas dalam membuat keputusan tanpa mengira kedudukan seseorang

- Konsisten dengan pendirian untuk terus kekal bekerjasama dengan parti-parti politik dengan berusaha dan menyusun kaedah yang lebih berkesan bagi memperbaiki hubungan dan kesatuan antara parti dan ahli akan terbina, seterusnya mengekalkan dan melebarkan kemenangan Pakatan Rakyat pada pilihan raya umum ke-13 demi menegakkan syiar Islam

- Berusaha mewujudkan struktur organisasi yang berdaftar atas nama Pakatan Rakyat sebagai alternatif atau pengganti kepada Barisan Nasional bagi menerajui kepimpinan negara

- Mendesak PAS Pusat agar merangka strategi yang berkesan bagi merampas sekurang-kurangnya 40 kerusi Parlimen di kawasan luar bandar dan kawasan FELDA di Pahang, Johor, Perak dan Terengganu

- Mendesak PAS Pusat menubuhkan satu jawatankuasa khusus bagi merangka strategi dan menumpukan perancangan dan segala gerak kerja di kawasan yang disasarkan

- Menyediakan peruntukan sekurang-kurangnya RM1 juta setahun bagi melaksanakan segala perancangan dan gerak kerja di kawasan sasaran

- Mendesak kerajaan agar mengkaji semula mereka yang diberhentikan kerja dan mendakwa majikan yang memberhentikan pekerja tempatan sewenang-wenangnya tanpa mengikut peraturan dan notis singkat.

Komen Blog Ibnu Hasyim:

1..Setuju dengan usul di atas (haramkan Sisiters In Islam), bukan sahaja untuk kesejahteraan rakyat Malaysia, bahkan demi perpaduan parti Pakatan Rakyat, kerana dikatakan ada cubaan meng'Islam Liberal'kan anggota Pakatan, di mana 'Islam Liberal' adalah induk kepada Sisiters In Islam.

2..Setuju dengan usul-usul lain yang akan memartabatkan para ulama dan Majlis Syura Ulama. Sila klik.. Thursday, March 19, 2009

PAS Perlu Perubahan, Wibawakan Majlis Syura Ulama!

(2MA)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails