ALOR SETAR: PAS mengakui menghadapi cabaran dalam usaha mendapatkan sokongan bukan Islam terutamanya kaum Cina selepas parti itu menamatkan kerjasama politik dengan DAP dalam Pakatan Rakyat.
Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz berkata, bagaimanapun ia hanya bersifat sementara kerana menyifatkannya umpama tembok untuk memisahkan golongan bukan Islam dengan PAS sudah pecah dan tidak boleh dibina mana-mana parti lagi.
“Cuma yang ada hanya nyalaan api yang dibuat oleh DAP untuk sekat sokongan bukan Islam terhadap PAS, tetapi ia mudah dipadamkan dengan air…kami sendiri (dalam) Pemuda PAS mempunyai hubungan baik dengan bukan Islam.
“Walaupun parti berpecah (PAS dengan DAP) tetapi hubungan peribadi tidak pernah pecah…ini menandakan ada (pihak) yang kata PAS akan mengambil masa 1,000 tahun untuk mendapat sokongan Cina, tidak (tepat) sama sekali, kita akan ambil masa lebih cepat untuk mendapatkan sokongan itu.
“Cumanya kita akuilah sokongan itu (daripada bukan Islam) untuk PRU-14 (Pilihan Raya Umum Ke-14) kita tidak akan dapat sebagaimana dalam PRU-13 lepas,” katanya pada sidang media selepas sesi dialog ucapan dasar presiden di Kompleks PAS Kedah dekat sini, semalam.
Namun, Nik Mohamad Abduh tetap yakin dengan kekuatan PAS untuk menghadapi PRU14 nanti berikutan mendapat sokongan padu daripada Dewan Himpunan Penyokong PAS yang dianggotai kalangan bukan Islam serta Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan).
“Kita sudah ada Gagasan Sejahtera menerusi kerjasama politik bersama Ikatan. Dalam Ikatan pun ada pelbagai kaum terdiri kaum Cina dan India, lagi pula PCM (Parti Cinta Malaysia) di Pulau Pinang ada menyatakan hasrat untuk menyertai Gagasan Sejahtera, tetapi masih sedang dalam proses perbincangan,” katanya.
Pihak kami sanggup pergi ke Sabah &Sarawak memberi maklumat lengkap mengenainya.
No comments:
Post a Comment