Tuesday, June 20, 2017

Anwar Berundur, DAP Pura-Pura Terkejut Tanpa Bela Pun..

AIDCNews-19/6/17- Selepas Anwar Ibrahim berundur daripada menawarkan diri sebagai calon Perdana Menteri, DAP berpura-pura menzahirkan rasa terkejut, namun tidak membela sepenuhnya keputusan Ketua Umum PKR tersebut.
Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng mengakui isu pengunduran Anwar akan menjejaskan sokongan PKR, namun berharap ia tidak perlu diperbesarkan.
“Walau bagaimanapun, saya rasa kita kena terus memberi tumpuan kepada 1MDB, dan pada masa yang sama harap PKR ada suatu hala tuju yang lebih jelas,” katanya ketika berucap di majlis berbuka puasa anjuran Roketkini dan Sekolah Demokrasi Sabtu lalu.
AIDCNews sebelum ini mendedahkan keputusan Anwar menarik diri daripada menjadi calon Perdana Menteri jika Pakatan Harapan berjaya menawan Putrajaya pada PRU 14 disebabkantekanan dalaman daripada DAP.
Sumber memaklumkan, DAP tidak boleh lagi bergantung kepada imej Anwar yang kini berstatus banduan yang sedang meringkuk di Penjara Sungai Buloh, sedangkan pada PRU 12 dan PRU 13, Anwar gagal mengotakan janjinya untuk menawan Putrajaya walaupun ketika itu beliau mengetuai pakatan pembangkang.
Justeru itu, tegas sumber berkenaan, pada PRU 14, DAP memerlukan ikon baharu, iaitu bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai mengetuai Pakatan Harapan dengan harapan akan berlaku ‘tsunami Melayu’ untuk merealisasikan cita-cita menawan Putrajaya dapat dijayakan.
Tambah sumber berkenaan, DAP yang paling dominan dalam Pakatan Harapan telah menobatkan Dr Mahathir mengetuai Pakatan Harapan untuk menjuarai isu IMDB.
Senada dengan Guan Eng, bapanya, Lim Kit Siang berharap pembangkang lebih menumpukan isu 1MDB dan FGV dan mengelakkan isu dalaman Pakatan Harapan daripada diketahui umum.
“Untuk bulan-bulan akan datang, pastikan pandangan keras, perbahasan, dan perbezaan dalam Pakatan Harapan diteruskan secara tertutup dalam majlis Pakatan Harapan dan disalurkan untuk membina konsensus dan perpaduan Pakatan Harapan – jauh daripada silau publisiti media yang bermusuhan,”katanya dalam satu kenyataan.
Sementara itu, Ketua Biro Strategi dan Dasar PPBM, Datuk Rais Hussin Mohamed Ariff berkata saranan Anwar supaya pengerusi Pakatan Harapan bertindak selaku penyelaras tanpa peranan eksekutif agak sukar untuk dilaksanakan.
“Agak sukar mempunyai seorang pengerusi yang tidak mempunyai peranan eksekutif, saya fikir apa yang dimaksudkan oleh Anwar ialah bagaimana untuk membina konsensus dalam perbincangan, yang boleh diterima dalam sebuah parti demokratik,” katanya kepada Malaysiakini.



Komen Weblog Ibnu Hasyim: Suntingan dari..
Abdul Hadi Wajar Jadi Perdana Menteri Malaysia.

Bagaimana kalau saya (Blog IH) menafsirkan 3 kumpulan utama bertarung dalam PRU14 akan datang? Tidak termasuk calon bebas, kumpulan ini ialah..
  1. Kumpulan kerajaan dan rakan-rakan, UMNO/Melayu &BN.
  2. Kumpulan pembangkang DAP dan Melayu serpihan.
  3. Kumpulan Islam, PAS dan beberapa gabungannya..
Kalau kumpulan ke1 menang, biasa. BN perintah, Najib jadi PM. 


Kalau kumpulan ke2 menang, DAP akan menguasai pemerintahan, walau Melayu jadi PM. Termasuk Dr M, ('Lama dah..'), kerana DAP (rejim Lim) kuasai tadbiran. Contohnya sekarang, walaupun ramai pemimpin DAP Melayu tetapi nyata, dalam DAP Kit Siang/Guan Eng yang berkuasa.
Bagaimana kalau kumpulan ke3 ini pula yang menang atau separuh menang? Tentu ada peranan PAS atau kumpulan kepimpinan Islam (berbeda dengan kumpulan Melayu atau 'kaki rasuah' walaupun Cina pembangkaang atau tidak) dalam menentukan PM negara. 
Atau dari mereka dilantik sebagai PM.. PAS tentu akan mencalonkan Abd Hadi sebagai Perdana Menteri Malaysia. 
Tidak ada rekod rasuah di kalangan pemimpin PAS semasa memerintah negeri-negeri yang pernah dikuasainya. Contohnya mengenai rumah kediaman. Tidak ada MB-MB (Menteri Besar)nya yang seperti Khir Toyo di Selangor) atau Guan Eng di Pulau Pinang. 
Sekian.
Imej yang berkaitan

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails