Wednesday, June 21, 2017

Filipina Masih Gawat: Daesh Jadikan Pelajar Sebagai Tebusan. -Reuters

Hasil carian imej untuk Jadikan Pelajar Sekolah Tebusan


MANILA – Beberapa pelajar sebuah sekolah di Pigcawayan, di selatan Filipina, ditahan sebagai tebusan selepas 300 anggota militan pro Daesh menyerang sekolah terbabit, awal pagi tadi.

Pihak polis melaporkan sebahagian besar militan terbabit adalah anggota Pejuang Pembebasan Islam Bangsamoro (BIFF).
“Anggota BIFF ketika ini sedang bertempur dengan pasukan tentera.
“Kami boleh mengesahkan bahawa mereka (BIFF) sudah menguasai sekolah dan ada beberapa orang awam yang terperangkap.
“Kami dalam proses menentukan jumlah yang terperangkap dan identiti mereka,” kata Ketua Polis Pigcagawan, Ketua Inspektor Realan Mamon dalam temubual di radio.
Pigcawayan terletak kira-kira 190 kilometer di selatan Marawi City. Ia menjadi lokasi operasi besar-besaran tentera Filipina bagi membanteras militan BIFF dan lain-lain kumpulan yang berkaitan dengan Daesh. – Reuters
Philippine troops patrol a grassy area near the Anggota tentera

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails