Friday, June 23, 2017

Siti Kassim Didakwa Halang Tugas Penguat Kuasa Jawi

Siti Kassim Didakwa Halang Tugas Penguat Kuasa Jawi

KUALA LUMPUR – Seorang peguam didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini, atas tuduhan menghalang tugas penguat kuasa Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), tahun lalu.

Siti Zabedah Kasim atau lebih dikenali sebagai Siti Kasim, 54, bagaimanapun mengaku tidak bersalah sejurus pertuduhan dibacakan kepada dirinya di hadapan Majistret Ahmad Solihin Abd. Wahid.
Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh didakwa dengan sengaja menghalang Siti Nor Jihan Saleh @ Md Ghazali, 36, untuk menjalankan tugas di dewan tingkat 2, Hotel Renaissance di sini, pada pukul 10.30 malam, 3 April 2016.
Siti Kasim merupakan anggota organisasi Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender dikenali sebagai ‘Seksualiti Merdeka’ bernaung di bawah gabungan NGO haram tempatan, Comango yang memperjuang hak asasi manusia.
Tertuduh yang juga aktivis propembangkang, didakwa mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara dua tahun atau denda maksimum RM10,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Peguam Roger Chan Weng Keng dalam rayuan, memohon agar anak guamnya itu diberi jaminan tanpa cagaran. Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Siti Hajar Mohd. Ashif tidak menawarkan sebarang jaminan.
Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh untuk diikat jamin sebanyak RM3,000 dengan seorang penjamin sahaja dan menetapkan 22 Ogos depan untuk sebutan semula kes. – Agensi


Lihat juga artikel ini...
Presiden PAS Wajar Jadi PM M'sia.

Imej yang berkaitan
Pihak kami sanggup pergi ke Sabah &Sarawak memberi maklumat lengkap mengenainya.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails