Thursday, September 28, 2017

Pemimpin PAN Tersinggung Apabila DAP Diasak.. -Wacana Ilmiah Jais.



SHAH ALAM, 8 Muharram 1439H, Khamis – Program Wacana Isu Semasa dan Perundangan Peringkat Negeri Selangor di sini, pagi tadi bertukar tegang selepas beberapa peserta yang mengakui daripada sebuah parti politik tidak berpuas hati dengan pembentangan Ketua Pegawai Eksekutif Institut Kajian Strategik Islam Malaysia (Iksim), Prof Datuk Naser Disa.
Keadaan itu tercetus ketika sesi soal jawab berlangsung, di mana salah seorang peserta yang mendakwa antara pimpinan Parti Amanah Negara (PAN), berang dengan pembentangan Prof Naser yang mengaitkan isu Rang Undang-Undang Akta 355 (RUU355) dengan Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad daripada parti itu.
Prof Naser menerusi pembentangannya bertajuk ‘Kedaulatan Islam di Malaysia Diancam Pengembangan Doktrin Palsu’ menyatakan bahawa sikap segelintir Ahli Parlimen enggan menyokong, malah merumitkan cadangan memperkasakan undang-undang Syariah.
“Ahli Parlimen Shah Alam tidak mahu menyokong RUU355, itulah yang menyebabkan pindaan akta itu tidak dapat dilaksanakan lagi. Tidak tahu bila agaknya.
“Jika kita nak RUU355 dilaksana, maka selepas ini pilih pemimpin, jika tidak mahu (RUU355 dilaksana), maka boleh terus mengekalkan MP sekarang,” kata Prof Naser.
Sejurus berakhir pembentangan berkenaan, dan sesi soal jawab dibuka, individu yang mendakwa sebagai Naib Ketua Pemuda PAN itu lantang membidas dan menyatakan ketidakpuasan hatinya terhadap kenyataan itu.
Katanya, kenyataan Prof Naser seolah-olah memberi gambaran bahawa Khalid yang menjadi punca berlaku permasalahan kepada pelaksanaan itu.
Seorang lagi penyokong PAN bangun dan menyatakan pendirian sama, termasuk mendesak Prof Naser menarik balik kenyataanya itu.
Individu terbabit juga mendesak Prof Naser supaya mengemukakan bukti terhadap dakwaannya itu, untuk ditunjukkan hari ini di hadapan peserta lain yang hadir dalam program anjuran Jabatan Agama Islam Selangor (Jais).
“Saya tidak akan menarik balik apa yang saya katakan tadi. Dan saya kira program hari ini bukan berkaitan dengan isu sebegini sebaliknya kita fokus dengan tajuk asal,” kata Prof Naser, disambut tepukan gemuruh peserta di dalam dewan.
Ismaweb juga sempat menemubual individu terbabit, yang turut mendakwa kandungan pembentangan Naib Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Ustaz Muhammad Fauzi Asmuni dalam program berkenaan sebagai cuba menyasarkan satu pihak, iaitu sekutunya, parti rasis dan cauvinis DAP.
“Kita melihat kertas kerja yang dibentangkan hari ini juga adalah doktrin untuk membenci kepada satu pihak. Kita nampak itu adalah tuduhan-tuduhan tidak berasas, contohnya pembentang sekarang (Ustaz Fauzi) dalam kertas kerja dia ada menceritakan berkaitan pesta arak, ianya menuduh kepada DAP.
“Tetapi kalau kita lihat terang-terang benda itu dianjurkan oleh MCA tetapi yang lain pula dituduh, seolah-olah memberi gambaran fitnah yang dilemparkan kepada pihak tertentu iaitu, DAP,” katanya.
Ustaz Fauzi ketika ditemui membidas kenyataan individu terbabit sambil berkata, meskipun MCA terlibat dalam penganjuran itu, namun dia tidak sepatutnya berasakan bahawa sekutunya, DAP, sebagai suci.
Tegasnya, individu terbabit berhak mengkritik MCA tanpa sebarang halangan, namun perlu menerima dan tidak tersinggung jika DAP dikritik.
“Mempertahan DAP menimbulkan persoalan mengenai ke manakah wala’ beliau. Sepatutnya tidak timbul perasaan sayang kepada DAP yang terang-terangan menghalang penegakan syariah.
“Jika benar ahli-ahli PAN telah berdialog dan menjelaskan prinsip Islam kepada DAP, sepatutnya kesan tersebut boleh dilihat jelas dalam tindak tanduk DAP. Tetapi apa yang diperhatikan dari dulu sampai sekarang, penentangan DAP terhadap penegakan syariah di Malaysia tetap sama.
 “Saya mengucapkah tahniah kepada Jais yang berjaya menganjurkan wacana pada hari ini. Ia adalah wacana akademik dan perbincangan dengan hujah ilmiah. Dakwaan bahawa ianya adalah serangan kepada pihak tertentu adalah tuduhan atas dasar emosi tanpa meneliti keseluruhan kertas-kertas kerja yang dibentangkan,” katanya. (http://www.ismaweb.net)

2 comments:

Anonymous said...

PAN dengan DAP bagaikan GAY dan roket sakti.

Anonymous said...

Penuh beremosi. Alahai PAN. MENYAMPAHN I AWWW AWW AWW

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails