Friday, September 29, 2017

45% Belia Bawah 18 Ambil Alkohol -CAP. Hanya BN Mahu Kekalkan..


PERSATUAN Pengguna Pulau Pinang (CAP) berpandangan bahawa Oktoberfest, pesta arak Jerman tidak sepatutnya dibenarkan sama sekali dan kami tetap teguh dengan pendirian ini.
Kami melancarkan kempen antialkohol di seluruh negara sejak 1988 untuk menangani masalah ini daripada pelbagai sudut yang berbeza. Usaha berterusan yang tidak pernah kenal penat lelah ini dilakukan dalam pelbagai bentuk seperti menulis surat dan memo kepada pihak berkuasa, memujuk mereka supaya mengambil tindakan terutama sekali dalam bentuk perundangan yang lebih berkesan.
Pesta arak bukan budaya Malaysia; malah daripada perspektif agama mengambil minuman alkohol adalah haram bagi umat Islam dan dianjurkan untuk tidak mengambilnya oleh penganut agama Kristian, Buddha, dan Hindu terutamanya disebabkan ia memabukkan.
Alkohol menjejaskan fungsi otak yang mengakibatkan penilaian yang lemah, mengurangkan masa tindak balas, kehilangan imbangan dan kemahiran motor, atau pertuturan yang tidak jelas. Ia juga dikaitkan dengan penyakit kronik seperti sirosis hati, pankreatitis, pelbagai kanser termasuk hati, mulut, kerongkong, larinks dan esofagus; tekanan darah tinggi; dan gangguan psikologi.
Dalam Laporan Status Global mengenai Alkohol Pertubuhan Kesihatan Dunia 2004, melaporkan bahawa “ramai remaja di Malaysia mula mengambil minuman alkohol pada usia yang lebih awal.” Dianggarkan bahawa rakyat Malaysia membelanjakan lebih daripada RM2 bilion setiap tahun untuk alkohol.
Ia menyatakan bahawa “45% belia Malaysia di bawah usia 18 tahun mengambil alkohol dengan kerap. Daripada semua dadah yang sah dan haram, alkohol jauh lebih meluas penggunaannya oleh remaja, dan menurut kajian kebangsaan ramai daripadanya kerap meminumnya sehingga berlebihan.”
Kecenderungan ini amat membimbangkan terutama sekali dengan membenarkan penganjuran pesta arak, kerajaan menyampaikan isyarat yang salah kepada rakyat Malaysia bahawa tidak mengapa untuk meminum alkohol dengan berlebihan.
Di pihak industri alkohol pula, ia menarik orang ramai dengan iklan dan promosi, menggalakkan gaya hidup meminum alkohol yang pada hakikatnya membahayakan kesihatan.
Majlis Keselamatan Jalan Raya menganggarkan bahawa 30% daripada kemalangan jalan raya di seluruh negara disebabkan oleh pemandu mabuk. Menurut perangkaan pemandu mabuk antara 2010 dan April 2015, ia menyumbang kepada sejumlah 1,035 kemalangan jalan raya yang mengakibatkan 618 kematian, 207 kecederaan serius.
 4 Dewan PAS Negeri Selangor iaitu Ulamak, Pemuda, Muslimat dan Himpunan Penyokong telah mengunjungi Datuk Mohd Azizi bin Mohd Zain selaku Dato' Bandaraya Petaling Jaya di Ibu Pejabat MBPJ di Petaling Jaya kelmarin.


Jika anda mengambil dua tin bir kemungkinan anda akan gagal dalam ujian pernafasan (breathalyser test) memandangkan alkoholnya ialah 100 ml dalam pernafasan anda akan melebihi had yang ditetapkan iaitu 35 mikrogram alkohol. Untuk itu, denda RM1,000 atau maksimum RM6,000 dan penjara sehingga 12 bulan.
Oleh sebab itu, berdasarkan kepada perkara di atas, kami mahu kerajaan bertindak terhadap penganjuran pesta arak, bagi mencegahnya daripada berkembang dari tahun ke tahun disebabkan promosi yang lebih intensif oleh syarikat arak dengan menjejaskan rakyat Malaysia.
S.M. Mohamed Idris
Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang - HARAKAHDAILY 29/9/2017



Lihat juga artikel ini...
Presiden PAS Wajar Jadi PM M'sia.
Pihak kami sanggup pergi ke Sabah &Sarawak memberi maklumat lengkap.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails