Saturday, June 28, 2014

4 Pejuang Jihad Kongsi Penglibatan Di Laman Sosial


Mohd Lotfi (tiga kiri) dipercayai terlibat dengan gerakan jihad di Syria.

KL: Rakyat Malaysia yang menjadi pejuang jihad di Syria dilihat berbangga dengan perbuatan mereka dengan memuat naik gambar selfie dan video di laman sosial Facebook dan YouTube.

Sekurang-kurangnya empat daripada mereka berkongsi gambar dan pengalaman secara terbuka di media sosial sekali gus membuktikan mereka aktif terlibat dalam gerakan jihad di sana. Mereka dipercayai direkrut oleh Jabhat al-Nusra atau Al Nusra Front, sebuah kumpulan jihad beroperasi di Syria dan Lubnan.

Carian di Internet mendapati laman web dalam Bahasa Malaysia yang mengagung-agungkan kumpulan jihad ini termasuk Rakyat Malaysia Bersama Revolusi Islam dan Uncle Syahid Insya Allah.

Antara salah seorang anggotanya yang terkenal adalah bekas Ahli Dewan Ulama PAS dan Ketua Penerangan Pemuda PAS Kedah, Mohd Lotfi Ariffin dan penglibatan beliau itu turut didedahkan oleh penyokongnya.

Mohd Lotfi berasal dari Baling, Kedah, pernah ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) selama enam tahun dari 2001 turut berjuang di Afghanistan. Beliau dipercayai antara 20 rakyat Malaysia yang disahkan oleh Bukit Aman terlibat dalam pemberontakan di Syria.

Seorang lagi rakyat Malaysia yang didakwa terlibat dengan kumpulan jihad tersebut ialah pemain drum kumpulan pop yang popular pada era 90-an, Akil Zainal Ukays. Beliau dikatakan seorang graduan Universiti Teknologi Mara.

Dalam satu klip video, seorang lelaki yang menyerupai Lotfi bersama dengan beberapa anggota gerakan itu membawa AK-47. Kumpulan Jabhat al-Nusra yang dipercayai ditubuhkan pada 2012 disifatkan sebagai kumpulan militan paling agresif dan mempunyai sokongan kewangan yang kuat.

Ia dianggap sebagai kumpulan militan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Amerika Syarikat, Australia dan Britain. Dua lagi rakyat Malaysia yang dipercayai turut terlibat dalam gerakan jihad itu muncul dalam satu klip video di YouTube.

Salah seorang daripadanya yang memperkenalkan dirinya sebagai Mohamed Fauzi,  dan kini menggelar dirinya sebagai Abu Dayyan dan Abu Naeem berada di tebing Sungai Euphrates. Dalam video tersebut, turut kelihatan tiga orang lelaki termasuk seorang yang dikenali sebagai Abu Issa Al-Andalusi yang banyak bercakap mengenai jihad.

Klip tersebut yang dimuatnaik oleh Rakyat Malaysia Bersama Revolusi Islam bertajuk 'Mujahideen ISIS dari Malaysia' mempunyai sari kata dalam Bahasa Malaysia. ISIS merujuk kepada kumpulan Negara Islam Iraq dan Syria (ISIS). Ia juga merujuk kepada Militan Negara Iraq dan Jajahannya (ISIL).

Akhbar British mendakwa, lelaki ketiga yang memperkenalkan dirinya sebagai Abu Issa Al-Andalusi didakwa sebagai bekas pemain Arsenal. Namun jurucakap Arsenal berkata, kelab tersebut tiada rekod pemain dengan nama tersebut. (mStar Online)

3 comments:

Anonymous said...

mana ada jihad disyria. yg ada ialah pengganas yg ditanggung oleh Israel, kristian dan wahabi buat huru hara disana.

knp sy kata pengganas? nak tau jihad kena teliti bbp perkara:

1. siapa bagi bantuan? pengganas disyria ditanggung oleh wahabi (yg berusaha hapuskan peninggalan Islam), yahudi dan nasara (musuh yg Allah swt tlh bagi tau). Pengganas ditanggung oleh musuh Islam.
2. knp Syria diserang? Sbb Syria bukan barua zionis amerika spt negara2 sunni. erti lain ialah Syria adalah MUSUH zionis amerika spt Taliban dan Libya.
3. Kedudukan Syria. Syria ialah satu2 negara yg terakhir dlm usaha utk menjatuhkan Iran.

1. mkn hati mayat spt hendon bini abu sufyan mkn hati hamzah.
2. jihad nikah? dah berzina cabut lari.
3. rompak rumah dan harta awam. muzium habis dirompak.
4. tembak budak belasan tahun, orang awam (syia) dan tentera yg ditawan.
5. tengok ajelah kekejaman mrk di youtube.
6. sila tengok siri Syria Lies. baru tau nanti bhw Aljazeera tu tv penipu.

Anonymous said...

Seorang syiah sedang bertaqiyyah.. Syiah sahabat yahudi.

Unknown said...

Jihad ada di syria. jgn main pukul rata asalkan dgr khabar kumpulan dibantu US arab maka dituduh wahabi agen amerika.

tahu tak bahwa walaupun arab saudi dituduh wahabi tp mereka jaga Mekah lebih baik dpd syiah yg berkaabahkan Karbala.

saudi qatar dll adalah negara umat sunni. biarpun dilihat baik dgn US tp itu lebih baik dpd iran yg menyamar benci israel tp kekasih israel dlm gelap.

telah terang nyata umat islam dibunuh, disembelih dirogol depan keluarga dicincang masjid dibom di syria oleh tentera bahsar yg ramai syiah. tentera yg tidak ganas akan dibunuh.

apakah dgn mudah mengatakan ini semua propganda US. berapa byk US nk buat video menipu?

hentikan lah taksub menyokong iran syiah hezbosyaitan. kaji dan dgr pandangan ulamak2 dunia khasnya di Sham sendiri yg lebih kenal apa berlaku ditempat mereka.

bukankah membela diri, harta, keluarga dan harta benda dan mati kerananya itu syahid.

apatah lagi mempertahankan umat dpd syiah yg memaksa umat islam menyembah bashar laknatullah.

h

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails