Friday, June 27, 2014

Dana Ramadan Jejaki Golongan Kurang Bernasib Baik




KL: Sempena kedatangan bulan Ramadan al-Mubarak, Dewan Muslimat PAS Pusat dan Badan Kebajikan Kakitangan Harakah (Bakkah) bekerjasama menjejaki golongan yang memerlukan dan menyampaikan bantuan.
 
Antara golongan sasar ialah ibu tunggal, anak-anak yatim, orang kurang upaya (OKU) serta fakir miskin. Program Dana Ramadan ini telah dimulakan sejak 2010 dan mendapat sambutan memberangsangkan saban tahun.

Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Siti Zailah Mohd Yusof berharap Dana Ramadan tahun ini dapat menjangkau lebih ramai penerima bertujuan meringankan bebanan mereka yang memerlukan.

"Kami mengucapkan jutaan terima kasih kepada seluruh rakyat yang menghulurkan bantuan sejak Dana Ramadan dilancarkan," katanya.

Menurut Zailah, pihaknya turut menerima sumbangan dalam bentuk pakaian, jamuan berbuka puasa dan sahur, kuih raya selain wang tunai dan cek. Bagi menjayakan misi Dana Ramadan tahun ini, Muslimat PAS mengalu-alukan sumbangan kewangan atau penajaan berbuka puasa dan sahur.

Bagi membuka tirai Dana Ramadan tahun ini, sumbangan disampaikan kepada balu kakitangan Harakah, Khairul Azizul Azizi yang meninggal dunia pada 15 Disember 2012. Sumbangan wang serta barang keperluan harian disampaikan kepada Wan Rosmizah Abdullah oleh wakil Bakkah, Shamsiah Abdullah dan wakil Muslimat PAS Pusat, Noor Nadiah Mohamad (gambar).

Orang ramai yang berhajat menyalurkan sumbangan boleh berbuat demikian menerusi akaun Maybank 5640 2540 0533 (Dewan Muslimat PAS Pusat) atau hubungi Nadia di nombor 013-376 7312. - HARAKAHDAILY, 26/6/2014

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails