Monday, July 23, 2018

Kahwini Bawah Umur, Perlu Penyelesaian Holistik -Asmak Husin.



MUTAKHIR ini, isu perkahwinan di bawah umur hangat diperbincangkan oleh masyarakat. Saya secara peribadi amat berhati-hati apabila membincangkan isu ini kerana ia berkait rapat dengan isu budaya, agama dan yang paling penting penyakit masyarakat yang tidak mungkin mampu diselesaikan melalui penguatkuasaan undang-undang semata.
Semasa menghadiri forum "Child Marriage Study : Analysis , Drivers and Recommendations by Institute of Strategic and International Studies(ISIS)", saya cuba menyelami punca perkara ini timbul.
Jika pada masa dahulu, perkahwinan sebegini adalah perkara biasa, malah kebiasaannya sebelum baligh, anak-anak sudah dididik agar menjadi ahli keluarga dan masyarakat yang baik. Justeru, apabila sudah baligh mereka sudah bersedia untuk berkahwin dan menggalas tanggungjawab.
Akan tetapi, pada hari ini dapat disimpulkan terdapat beberapa sebab perkahwinan di bawah umur menunjukkan trend peningkatan, antaranya ialah:
●     Kemiskinan yang melingkari kehidupan
●     Keciciran sekolah
●     Pengaruh gejala sosial
Apa yang menarik perhatian ialah data telah membuktikan isu ini bukan sahaja berlegar di kalangan masyarakat Melayu Muslim, akan tetapi terdapat peningkatan di kalangan masyarakat bukan Islam juga.
Data pada tahun 2017 menunjukkan, sejumlah 1845 orang kanak-kanak telah berkahwin dengan pasangan dewasa. Daripada jumlah tersebut, seramai 877 orang (47.5 peratus) adalah orang Islam manakala seramai 968 orang (52.5 peratus) adalah di kalangan mereka yang bukan Islam.
Daripada jumlah tersebut, Bangsa Cina mendominasi apabila seramai 384 orang (39.6 peratus) daripada jumlah perkahwinan di bawah umur bagi kategori bukan Islam, diikuti oleh Kaum India seramai 122 orang (12.6 peratus), dan seterusnya etnik di Sarawak dan Sabah yang secara kumulatifnya seramai 299 orang (30.8 peratus).
Mengapa ada yang menentang perkahwinan ini?
Kerana ia dikaitkan dengan penderaan kanak-kanak dan jenayah rogol dengan menafikan hak kanak-kanak tersebut untuk menikmati hidup seperti kanak-kanak lain.
Lalu mengapa pula Mahkamah Syariah membenarkan perkahwinan ini?
Mahkamah Syariah tidak membenarkan perkahwinan bagi wanita berumur 16 tahun ke bawah kecuali dengan kebenaran Hakim Mahkamah Syariah.
Oleh itu sesiapa yang tidak mengikut kaedah ini, mereka boleh dikenakan tindakan undang-undang.
Akan tetapi mengapa hukumannya kecil dan ringan?
Hukuman yang kecil dan ringan bukan disebabkan keengganan Mahkamah Syariah untuk menjaga kebajikan dan hak kanak-kanak terlibat tetapi itulah keterbatasan bidang kuasa RUU 355
Apa kata untuk mengelakkan keburukan berleluasa, kita haramkan terus perkahwinan sebegini?
Boleh, tetapi selagi punca yang disebutkan di atas tidak selesai, adakah undang-undang ini akan berjaya menghalang masyarakat terlibat daripada tidak meneruskan perkahwinan mereka. Bagaimana pula sekiranya mereka berkahwin secara haram? Pada masa itu kita akan mengalami kesukaran untuk menjaga mereka kerana berada di luar pengetahuan undang-undang.
Mengapakah Mahkamah meletakkan umur minima bagi wanita yang ingin berkahwin ialah 16 tahun dan bukan 18 tahun?
Hal ini berlaku kerana, perbezaan umur matang menurut undang-undang adalah berbeza dengan umur baligh di dalam Islam. Sebenarnya di peringkat antarabangsa juga terdapat isu berkaitan tahap umur yang dikaitkan dengan kematangan walaupun tidak sampai 18 tahun.
Justeru apa yang terbaik? Cadangan saya:
     Mengukuhkan institusi keluarga. Ibu bapa haruslah dididik agar memahami hak dan tanggungjawab terhadap kanak-kanak.
     Pihak berwajib harus menyelesaikan isu kemiskinan dan keciciran sekolah.
     Menghalang punca-punca yang menggalakkan kanak-kanak cenderung untuk terlibat dengan aktiviti seksual.
     Memperketatkan proses kebenaran bawah umur di Mahkamah Syariah bagi orang Islam.
     Memperluaskan dan memperkasakan bidang kuasa Mahkamah Syariah.
Satu persoalan yang saya ingin lontarkan:
Apakah dengan mengharamkan perkahwinan di bawah umur, isu sosial yang melibatkan kanak-kanak ini akan selesai?
(SENATOR ASMAK HUSIN merupakan Senator yang baru dilantik mewakili Kerajaan Negeri Kelantan bermula sesi 2018 - 2021 menggantikan Hajjah Khairiah Mohamed.
Beliau sebelum ini merupakan seorang Pensyarah UiTM dan merupakan salah seorang personaliti TV yang selalu memberi pencerahan kepada masyarakat terhadap pelbagai isu.) -HARAKAHDAILY 23/7/2018

6 comments:

bunbinban said...

Bagus posting yg ni. Menambah kefahaman dlm isu kawin kanak2. thumbs up buat ibnu. Ilmiah. Beberapa persoalan yg boleh di bincang dgn cara ilmiah.

Mohammad Azren said...

Apa yang kita khuatiri. Ada dikalangan orang islam pecinta pedophil ,menggunakan alasan mengikut sunnah Nabi demi memuaskan nafsu serakah meraka. Adakah ibnu termasuk dalam golongan pedofil ini?. Sekadar bertanya je!. Jangan Marah!. Hehehekikikihahahakahkahkah

Anonymous said...

4:21

Ibnu kahwin ATAS UMUR bukan bawah umur ler....
Masa dia kawin dulu ada sambutan Boria PP dan Ghazal Parti yg penarinya adalah pondan-pondan LGBT.


OpppPS ! Terbuka rahsia...sorry ibnu...

Mohammad Azren said...

Ulamak Syiah suka menutuh kanak-kanak. Jangan-jangan puak penyokong syiah negara ini pun agaknya yg berjiwa pedofil. Tak gitu Ibnu?.

Anonymous said...

cukup umur ikut Islam tak sama ngan syarat cukup umur
ynag ditetapkan oleh puak kpair
ramai ngaku islam tapi suka berhukum nagn hukum kapir
ni jenih islam keturunan tak mau belajar bab islam
tu yang banyak macam orang sasau

Anonymous said...

berapa umur yg ditetapkn islam? apply kpd semua org ke. bagaimana dgn hukum2 lain wajib sunat harus makruh haram utk berkahwin?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails