Friday, October 09, 2015

Siri 3: Saya PAS Sampai Mati, Kata Husam Musa. Ibnu Hasyim Sokong Husam.

Pusing Balik

KOTA BHARU: Bekas Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa yang dikaitkan dengan pelbagai spekulasi dan kritikan, menegaskan beliau tetap setia dengan perjuangan Pas. 

Adun Salor itu berkata, banyak tuduhan khususnya mengenai status beliau dalam Pas adalah fitnah dan ia berlaku sejak muktamar baru-baru ini yang menyaksikan dirinya gagal mengekalkan jawatan dalam parti. 

“Saya Adun Pas...ini bukan soal keliru, sekarang ini orang memfitnah saya sebelum muktamar lagi. Siapa yang fitnah dan apa sikap parti terhadap orang yang memfitnah saya. Apa tindakan terhadap orang yang fitnah saya dan rakan-rakan lain. Fitnah inilah punca segala-galanya,” katanya yang merujuk kepada perpecahan sedang berlaku dalam Pas. 

Kenyataan itu, sekali gus menutup spekulasi terhadap Husam yang sebelum ini didakwa condong kepada Parti Amanah Negara (Amanah) pimpinan Muhamad Sabu. Beliau bagaimanapun tidak menolak penubuhan Amanah, khususnya di Pantai Barat kerana ia mampu menarik sokongan masyarakat bukan Melayu. 

Ditanya adakah beliau akan kekal selamanya dalam parti itu, bekas Exco Kanan Kerajaan Kelantan yang kini masih dalam proses menjalani rawatan kesihatannya berkata: 

“Sebolehnya saya mahu kekal dalam Pas sehingga mati.” 

Mengulas kritikan beliau terhadap Kerajaan Kelantan, Husam berkata, tidak pernah ada niat atau berkomplot dengan mana-mana pihak untuk menjatuhkan kerajaan negeri, sebaliknya teguran yang dibuat supaya pemimpinnya tidak lari dari perjuangan asal lebih-lebih lagi asas yang ditegakkan oleh bekas Mursyidul Am, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. 

“Apa yang saya tegur ini adalah kerana saya yakin Islam, Pas parti yang demokratik mengizinkan bahkan mewajibkan menegur yang makruf dan mencegah kemungkaran oleh siapa sahaja. 

“Anggaplah secara positif ia boleh menguatkan Pas. Kalau Pas bertindak balas mengikut apa yang diajar oleh agama, iaitu kalau teguran itu benar, terima teguran. Jangan bila orang tegur, fitnah balik orang itu,” kata bekas Timbalan Pesuruhjaya Pas negeri itu. 

Beliau berkata, setiap teguran merupakan perkara yang masih boleh diperbaiki dan Kerajaan Kelantan mempunyai banyak masa sebelum PRU14. 

“Kerajaan Kelantan boleh betulkan kekurangan pada teguran itu untuk menjadi kuat di mata orang ramai. 

“Jika tidak ada orang tegur, perkara ini berlaku berleluasa dari semasa ke semasa, menjelang pilihan raya perkara ini didedahkan musuh, pada masa itu Pas tidak boleh berbuat apa-apa lagi. Tinggal lagi orang akan tanya kenapa (teguran) dibuat secara terbuka, banyak jawapan kepada soalan ini. Satu perkara pada asalnya dibuat secara tertutup tetapi tidak mendapat perhatian sewajarnya, mungkin saya orang yang kecil, ”katanya. 

Husam berkata, perjuangannya dalam Pas bukan untuk mendapatkan jawatan, malah tidak menolak kemungkinan kali ini adalah penggal terakhir bergelar sebagai Adun. 

“Saya tidak kisah sekiranya lepas ini Pas tidak lagi mencalonkan saya kerana saya masuk perjuangan ini bukan kerana mahu menjadi pemimpin. Saya masuk kerana idealisme dan gagasan perjuangan. 

“Siapa sahaja yang membawa gagasan itu, saya akan sokong. Siapa yang mengkhianati gagasan itu saya akan tegur, sehingga saya jadi orang biasa tidak ada apa-apa,” katanya. 

Sebelum ini, Husam mendedahkan beberapa dakwaan kepincangan dalam pengurusan Kerajaan Kelantan termasuk isu pembalakan luar kawasan di Lebuhraya Kota Bharu-Kuala Krai dan isu Kompleks Perkayuan Kelantan, anak syarikat kerajaan negeri. -sinarharian-

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Kalau betul berita ini, weblog ini (Ibnu Hasyim) tetap menyokong Datuk Husam yang mungkin akan kekal bersama PAS sampai mati. Insya Allah dan Al-hamdulillah.

4 comments:

Anonymous said...

Ibnu hashim jangan syok sangat..sebenarnya saya sangat sedih kerana husam sebenarnya bersara dari politik .
Kemudian dia salahkan pemimpin sekarang kerana ;itnah yang dijual
Husam sangat kecewa dengan apa yang berlaku
Husam salahkan fitnah dan pemimpin yang sekarang kerana PAS berpecah
PAS kehilangan tokoh yang yang ikhlas be4juang

Adakah ibnu hashim syok lagi?
Fitnah lebih kejam dari membunuh ..ayat Quran
Hiusam di;itnah pemimpin sekarang
Saya tak pasti adakah ibnu Hishamudiin ada julang orang yang ;itnah husam
Husam sudah bersara hatinya remuk

Anonymous said...

Saya macai dap... saya kecewa dgn sikap husam, mahfuz kmrudin jaafar yg x join PAN.. tolong la join abg md sabu n salahudin ayob. !!! Kami penat dh pedajal hamPAS sampai punah ranah. Tp kenapa bile dah ada PAN, korg x join plak?? Kami kecewa sgt..

Anonymous said...

Biarlah mati dalam Islam...PAS pun duniawi semata mata

Anonymous said...

pasug penin klu progresif masih ada dlm pas. pembersihan masih gagal

hj hadi pun xlama dh. husam nmpak masih ada harapan pulihkn pas selepas hadi tkde

sama mcm hadi tunggu tgna tkde br dirosakknnya pas

husam dlm pas.. pasug dn ust2 khawarij tk selesa

klu pjg umur husam akn bangkit pulihkn pas

pas akn dibersihkn dpd puak pasug dn khawarij

husam sgt bimbang umnu rampas kelantan dn org pas kelantan mcm prnyokong umnu yg dh sebati dhn umnu

pasug tkkan aman selagi ada husam dn mahfoz

tp kita perlu sokong PH

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails