Friday, September 04, 2015

Siri 1: Pusing Balik, Mahfuz,Tolak Sertai Amanah, Kekal Dalam PAS



Mahfuz Tolak Sertai Amanah, Kekal Dalam PAS

PETALING JAYA: Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar tidak akan mengikut jejak langkah sepuluh wakil rakyat PAS keluar secara beramai-ramai dari parti itu untuk menyertai Parti Amanah Negara (Amanah).

"Saya tetap bersama PAS," katanya di sini, Khamis.

Selain itu menerusi kenyataan medianya, bekas ketua penerangan PAS itu juga mahu kemunculan Amanah tidak dianggap sebagai ancaman kepada parti politik sedia ada khususnya PAS.

"Kemunculan Amanah hendaklah diterima baik sebagai persaingan yang sihat daripada sudut politik dalam proses pemurnian demokrasi di Malaysia yang akhirnya akan memberikan keuntungan pada negara dan rakyat.
"Kepada yang terus kekal dalam PAS usah gusar dengan perkembangan, usah risau apa di hadapan, cabaran pasti mendatang. Tidak cukup kita hanya sekadar berslogan 'Istiqamah Hingga Kemenangan' tetapi rakyat sekali lagi  terlepas daripada kemenangan untuk perubahan yang diharapkan," katanya.

Mahfuz merupakan antara pemimpin progresif dalam PAS yang ditolak ahli parti itu melalui muktamar tahunannya Jun lepas.

Isnin lalu, sepuluh wakil rakyat PAS terdiri daripada lima ahli parlimen dan lima ahli dewan undangan negeri (Adun) gugur keahlian secara automatik selepas mengumumkan menyertai Amanah.

Sepuluh yang gugur keahlian PAS secara automatik itu ialah Ahli Parlimen Parit Buntar, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa, Dr Siti Mariah Mahmud (Kota Raja), Dr Hatta Ramli (Kuala Krai), Khalid Samad (Shah Alam) dan Mohamed Hanipa Maidin (Sepang).

Sementara lima Adun yang meninggalkan PAS pula ialah Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin (Changkat Jering), Aminolhuda Hassan (Parit Yaani), Datuk Phahrolrazi Mohd Zawawi (Pengkalan Kundor), Saari Sungib (Hulu Klang) dan Hasnul Baharuddin (Morib).

Kesemua wakil rakyat ini mempunyai jawatan di dalam Parti Amanah Negara.

Dua lagi Ahli Parlimen PAS iaitu Datuk Kamaruddin Jaafar (Tumpat) dan Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad (Kuala Terengganu) dijangka akan meninggalkan PAS dalam masa terdekat menjelang pelancaran rasmi Parti Amanah Negara pada 16 September depan.

Selain itu Mahfuz mengingatkan semua parti pembangkang supaya sentiasa mengadakan rundingan bagi mencapai kata sepakat dalam pelbagai isu.

"Kepada pemimpin parti pembangkang ingatan jujur saya jangan sampai rakyat muak dan meluat kepada anda semua hanya kerana keegoan dan kedegilan anda.
"Jika ini yang berlaku rakyat akan hilang kepercayaan kepada kepimpinan politik," katanya.

Oleh ARIFFUDDIN ISHAK
Sumber Link 

Komen Weblog IbnuHasyim: Mengapa disebut 'Pusing Balik Siri 1:'?  Kerana kita mengharapkan ramai lagi pemimpin yang dijangka akan sertai Parti Amanah tetapi pusing balik kekal dalam PAS. Itu baru siri 1, Insya Allah akan bersambung ke Siri 2 pula...

10 comments:

Anonymous said...

mahfuz tolak sertai amanah, tapi jadi duri dalam daging kepada pas

Anonymous said...

PAS pi jadi badan dakwah la lg baguih. Dok dlm PAS utk berpolitik buang masa aihhhh...orang lagi nak bg mampuih Umno/Bn, lebai2 PAS dok sebok nak bekawan dgn UMNO/BN. Mmg pelaq betoi.

Anonymous said...

Sangka baik la dia dah insaf la tu.kita jgn sombong pak biar depa sombong tak apa.kita jgn marah depa pak biar depa je.tgok apa depa nak buat awal awal lg dah kutuk kita tak televan.depa yg dok ikut ckp dap tu relevan sgt.

cikmatgelap said...

siri pusing2 siri fitnah2,saja nak busuk2an profesional

Anonymous said...

Kadang kadang kita tak boleh mengikut fikiran bijak kita tu sgt.sebijak manapun fikiran ia terbatas n mudah dipengaruhi anasir jahat.mata keimanan lah yg dpt melihat kebenaran.

Anonymous said...

Elakkan diri dr jadi manusia terlaknat.
Talak 3, kat Kedah ada ke ?

Abd razak said...

pasai dok dlm pas tak boleh nak kata apa2 terutama kalau kontradiksi sikit idea tu.sbb tu pas tak sesuai bagi orang yg aktif dan banyak idea.

Abd razak said...

pasai dok dlm pas tak boleh nak kata apa2 terutama kalau kontradiksi sikit idea tu.sbb tu pas tak sesuai bagi orang yg aktif dan banyak idea.

Anonymous said...

Yer ka?? Sbb apa aku dan ramai lg org tk terpengaruh dgn idea dorg...? Sbb tu agaknya tk boleh kekal dlm pas.. idea bnyk tapi tiada roh.. lebih condong kepada parti kapir lahanat..

Deramae Lleh said...

Syabas buat YB Mahfuz dan mereka yg memilih utk terus kekal dlm Jemaah PAS, all i can say is, 'Appreciate what you have today, you may NOT have it tomorrow..'

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails