Wednesday, September 02, 2015

Bekas Ahli PAS Wakil Rakyat Kena Letak Jawatan -SU PAS

SHAH ALAM - Bekas ahli Pas yang memenangi kerusi Dun serta Parlimen perlu meletakkan jawatan sekiranya mereka menyertai Parti Pekerja Malaysia.

Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, perkara ini perlu dilakukan berdasarkan bai’ah yang ditandatangani oleh bekas ahli parti itu.

“Mana-mana ahli Pas yang memenangi kerusi Dewan Negeri dan Dewan Rakyat atas tiket Pas tetapi menyertai parti lain, mereka perlu meletakkan jawatan sebagai berdasarkan bai’ah yang ditandatangani oleh mereka.
"Bai’ah ialah satu dokumen ‘Akujanji’ oleh ahli yang bakal menjadi calon wakil rakyat mewakili Pas supaya setia dengan parti,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Walaupun dari segi undang-undang bekas ahli parti itu masih sah menjadi wakil rakyat di kawasan masing-masing, menurut beliau, mereka perlu meletakkan jawatan kerana mereka telah menandatangani bai’ah tersebut.

Katanya, individu ini perlu meletakkan jawatan kerana ini adalah satu tanggungjawab moral.

“Mereka masih lagi sah menjadi wakil rakyat. Tetapi, sekiranya mereka bermoral, mereka perlu meletakkan jawatan.
“Sekiranya tidak meletakkan jawatan, mereka mengakui bahawa elaun yang mereka ambil ini adalah haram. Itu adalah dari segi agama dan mereka perlu mempertimbangkan perkara tersebut,” katanya.

Dalam pada itu, Takiyuddin mengesahkan bahawa tiada tindakan tatatertib akan diambil kepada mana-mana ahli parti yang keluar daripada Pas untuk menyertai Parti Pekerja Malaysia.

Beliau berkata, ia berdasarkan Fasal 15 Perlembagaan Pas iaitu keberhentian ahli Pas adalah disebabkan oleh tiga perkara iaitu atas permintaan sendiri, dipecat dan mengisytiharkan diri keluar Pas atau menyertai parti politik lain.

“Jadi, sekiranya mana-mana ahli parti yang menyertai Parti Pekerja Malaysia, maka secara automatik, mereka bukan lagi ahli Pas,” katanya. (SH)

22 comments:

Anonymous said...

Usah gelabah badak kenapa sekarang baru mahu bersuara pabila sudah jadi kenyataan dan mahu mengungkit bai'ah pula adakah kita telah berusaha sebelum ini untuk tidak jadikan mereka sebagai ahli yang engkar apakah dalam islam ada akujanji yang tidak boleh di langgar jika pemimpin sendiri yang engkar dengan janji.

Anonymous said...

Apa la lawyer ni..
Dlm undang2 PAS kan ada option lain
Kan ada satu option..mana2 ahli yg keluar dan sertai parti politik lain maka dgn sendirinya terkeluar dari parti. Tak cukup lagi ka...??? Atau buat2 tak tahu?

Anonymous said...

Lebai Hadi suka ingkar tak komen pulak

Anonymous said...

Aku setuju ngan anon 11.23. Lagi pun buat apalah nak membazir wang rakyat dgn prk baru. Negara dlm keadaan kekurangan duit dia nak buat prk lagi. Mana letaknya akal?

Anonymous said...

Satu desakan yang tak ikhlas. Bercakap gunakan alasan halal haram tapi berniat nak menjahanamkan orang.

Umum dah ketahui yang baiah itu dah terlebih dahulu dicabuli oleh PAS. Kenapa nak suruh ahli saja mematuhinya sedangkan parti tidak?
Umum dah ketahui bahawa mana-mana wakil rakyat yg meletak jawatan meteka sevagai wakil rakyat akan kehilangan keistimewaan untuk bertanding semula dlm tempoh 5 tahun. Kenapa sekarang baru nak suruh mereka letak jawatan? Kenapa tak sebelum Muktamar. Ingatkan dgn jelas mana2 yg nak berebut jawatan pada masa tersebut akan kesannya... Bukan bila mereka ini dah membuktikan cakap mereka utk bentuk parti baru...

Umum tahu... wakil rakyat adalah jawatan utk berkhidmat kpd rakyatdi kawasannya. Bukan utk ahli parti mereka sahaja. Jika PAS menentang Langkah Kajang dgn alasan membazir, apa beza desakan SU PAS sekarang? Oh.. lupa. Beliau lawyer. Tak akan ada pilihanraya sebab masa dah dekat PRY yg akan datang. Jadi, adakah PAS jujur dgn desakan mereka bagi membiar kawasan tertentu tiads wakil rakyat? Mana yg lebih merosakan... kawasan yg tidak ada pemimpin atau janji-janji dalam parti PAS????

Ulamak tolong jawab jap....

Anonymous said...

Ha ha ha... ha ha ha.... tak perlu... sebab Haji Hadi yang halau mereka.... seperti mana akal pendek semasa melulus usul tergempar tanpa bahas.... begitulah hakikatnya bila kau kata jika tak sealiran dengan kau boleh keluar tubuh parti baru.

Anonymous said...

Bukan akal pendek..tapi "akai sontot"

Ha...ha..
ha..

Anonymous said...

Wahai datuk Takiyudin ,sebelum meminta peminpin GHB yang beralih arah meletak jawatan kerana moral .Apa kata arahkan dulu semua aahli Parlimen dan Adun di SELANGOR meletaK JAWATAN kerana jika tak letak lagi hina dan hilang maruwah diri SEBAB bagaiman bolih duduk sebumbung dalam kerajaaan negari dan membuat satu keputusan padahal benci dengan DAP.Ini apa hukumnya? Malu pada bangsa cina DAP ,cakap tak ikut dasar islam.kalau dalam bab islam kata DAP menghina Islam tetapi bila bersandar dengan harta dan pangkat bolih melutut dikakai DAP .mana maruwah diri kamu dan pemipin Pas semua?.

Anonymous said...

Mereak ni bukan fikir membazir sekiranya diadakan pilihanraya semuala,yang mareka mahukan peminpin GHB kalah dan biar Pas pun kalah dan Umno menang ,mereka lebih gembira.inilah manusia jenis hasad dan dengki.

Anonymous said...

TOLONG LA TOLONG LA
Faham, kalau letak jawatan mereka tak boleh dah bertanding dalam PRK/PRU untuk 5 tahun. Faham ka tak faham Su. Lembab betul. Tu pasal tak letak.
DULU sebelum muktamar ber iya iya korang halau, korang boo, korang baruakan dan suruh buat parti sendiri. SELEPAS muktamar bila mereka buat parti kenapa korang semua MEROYAN.

Marah sebab tak faham-faham BADIGOL

Anonymous said...

SELAMAT DATANG PARTI AMANAH ISLAM.kerana
PARTI PAS DAN PERLEMBAGAANNYA TAK ADA YANG SALAH TAPI SEGELINTIR PEMIMPINNYA YANG SALAH DAN BERBUAT ONAR > SEMUA ini kerana DIA dan pemimpin jemaahnya kunun pewaris nabi TAPI
1.dia hina presiden pkr konon tak ada kelayakan jadi mb?
2. Muktamar dan dewan ulama memutus dgn DAP Penang TAPI MASIH KEMARUK nak pegang jawatan di Penang, letak jawatan la KALAU MASIH ADA TELUR DAN MARUAH- lain le kalu masih cinta duit untuk bayar bil letrik dan kereta ha ha ha
3. ahli mengeboo pemimpin2 pro, sebelum muktamar suruh keluar parti TAPI bila nak tubuh GHB slps muktamar mereka mula MEROYAN
4. dia gagal bentang ruu dlm mesyuarat pr wlpn dah janji?
5. dia dan penyokong2 melabelkan pemimpin2 pro dgn pelbagai gelaran jebon, tolol, barua yg tak Islam? tp mulut isle isle kunun padahal mcm mulut Longkang
6. masih lagi bertahaluf siyasi dgn dap di Selangor dan kutuk PKR tp masih mau bersama-sama geng PKR takut parti lenyap pengaruh.
7. pas yg masih bertahaluf siyasi berlaku khianat?
8. dia selalu ponteng sidang parlimen?
9. dia mencanangkan hudud Allah swt tapi tak ada satu hudud pun dlm ruu yg nak dibentangkan diparlimen yg DIA ponteng?
10. Macam merestui pemilihan muktamar lebih jilake dari Israel @ yahudi dengan MENGGUNAKAN CAI, Ulama pas pula MACAM seronok gila guna Cai
dan banyak lagi...AKU MEMERHATI KEHAIRANAN KELAKU MEREKA

Anonymous said...

Apa dah kena pada negara Malaysial ni.Umarak songlap duit ulamak diam membisu membabi buta.Bila perhimpunan meminta umarak turun takhta tiba2 ulamak terbangun dari mamai dan terus menghukum peerhimpuanan tersebut haram.yang merompak tiadak diambil tindakan dan yang melapor akan ditangkap dan di siaasat.adoi.aku hidup di mana ye?.ulamakkkkkkkkkkkkkkkkkkk.umarakkkkkkk.haprakkkkkkkkkkkkkkkkkkk

Unknown said...

Bukan gelabah bewak anonymous oii perkara tak jd lg buat apa nak kata,ni dah jd baru boleh sebut.tu pun utk peringatan.

Anonymous said...

baiah baiah

agaknya hadi tkde baiah pun nk perjuang hudud tu sbb main2 isu hudud

hudud mana

hudud mana

kami nk huduuuuuuuud

jgn permain hukum Allah wahai manusia2 berserban jubah

Unknown said...

Masa harun din keluarkan kenyataan haram gaji dan elaun kalau tukar ke parti ghb....kenyataan itu di jawab oleh mujahid..di sampai di jawab di bg sekali soalan... tp sampai skg harun din tak jawab.. apa benda lah ulamak2 pas ni..

wanamir said...

Ada seorg yg bukan Adun or apa2 pun tapi ada jawatan kat Plaza Peransang..menantu jer kot.

Anonymous said...

Assalamualaikum.. Ade g check Di spital ke hari ni? Rase2 pak ibnu dh TD..tp x tahu la ye me dok.. No tgur tkut saloh org..

Anonymous said...

BAIAH terbatal sbb pimpinan langgar akhlak islam, memaki dan memalukan ahli. Jebon, barua, biawak, pelesit, anwarinas, parasit sdb dilemparkan kpd mereka oleh hadi. mereka malu, hadi ketawa. adilkah begitu. b'mana kalau hadi digelar babi, mesti dia marah. lu pikirla sendiri. islam adalah agama RAHMAT & ADIL utk peghuni alam.

Anonymous said...

Hadi BABI CELAKA. Nak tahan bontot kat jib.

Anonymous said...

Ibnu Hashim MACAI UMNO NGOK.

IrWrWs said...

Alhamdulillah . . Sekurang2nya SU PAS telah jlnkan tanggungjawab beliau.. di akhirat Geng2 GHB tak boleh salahkan beliau kerana sudahpun diingatkan.. Sekian..

Anonymous said...

Dilaknat didunia dan akhirat.. ketika masih hidup dan mati..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails