Thursday, September 03, 2015

Bai'ah: Tuan Ibrahim Jelaskan Ahmad Awang, Tiada Perkataan 'Pakatan Rakyat'..



SHAH ALAM: Calon PAS yang bertanding dalam pilihan raya mengangkat lafaz baiah atas nama PAS sebagai mewakili parti Islam berkenaan, dan bukan atas nama Pakatan Rakyat, demikian tegas Timbalan Presiden, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Malah Tuan Ibrahim turut membidas kenyataan beberapa bekas wakil rakyat PAS yang kini menyertai Parti Amanah Negara (Amanah) kerana menganggap baiah sudah tidak terpakai setelah Pakatan Rakyat (PR) roboh beberapa bulan lalu. 



"Cuba cari dalam (lafaz) baiah itu..ada tak sepatah perkataan Pakatan Rakyat? Dalam lafaz baiah itu, sepatah perkataan Pakatan Rakyat pun tak ada. Mereka berbaiah sebagai calon PAS, mewakili PAS bertanding dalam pilihan raya. Waktu baiah dibuat itu Pakatan Rakyat tak ada lagi, bagaimana mahu dikata baiah kepada Pakatan Rakyat," katanya kepada Antarapos.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan beberapa bekas wakil rakyatnya termasuk Penasihat Umum Amanah, Ahmad Awang yang enggan melayan 'tuntutan' baiah kerana bagi mereka, baiah yang dibuat adalah kepada Pakatan Rakyat (PR) dan bukan kepada parti saja.

Dalam sidang media penubuhan Amanah, Isnin lalu, Ahmad berkata baiah itu tidak lagi relevan memandangkan PR sudah berkubur. Mengulas berkenaan hal itu, Tuan Ibrahim menasihatkan Ahmad agar berlaku jujur dalam mengeluarkan kenyataa.  

"Saya harap Ustaz Ahmad Awang jujur dengan ilmu yang beliau ada.. kerana risiko kenyataan beliau berat dari segi syarak. Saya minta beliau nasihat (yang) betul kepada mereka yang terlibat baiah, kerana baiah ini dibuat sebagai calon PAS, bukan wakil Pakatan Rakyat.   
"Bagi PAS, kita tak ada apa-apa, kalau nak keluar itu hak mereka tapi nak mengingatkan mereka berbaiah atas nama Allah," ujarnya.

Beberapa bekas wakil rakyat PAS secara rasmi mengumumkan telah menyertai Amanah, parti baru yang ditubuhkan Gerakan Harapan Baru (GHB), sekaligus menyebabkan keahlian mereka dalam parti Islam itu tergugur secara automatik.
Bagaimanapun, kesemua mereka masih terikat dengan lafaz baiah yang dibuat semasa diangkat mewakili PAS dalam pilihan raya umum.

PAS memperkenalkan bai'ah atau sumpah kepada wakil rakyatnya di seluruh negara yang bertanding atas tiket parti itu sejak 2004, yang mana mereka mesti mengosongkan kerusi sekiranya meninggalkan atau melompat ke parti lain dengan sukarela.  

"Lafaz baiah ini ada tiga (bahagian).. bersumpah Wallahi Wabillahi Watallahi, dia akan patuh kepada arahan parti selagi mana tak bertentangan dengan syarak, itu yang pertama.

"Keduanya, dia bersumpah dengan nama Allah juga, dia tak akan lompat, keluar, atau meninggalkan parti.. Sekiranya dia lompat, keluar atau meninggalkan parti maka dia akan kosongkan kerusi, dan haramlah baginya pencen dan segala pendapatannya.

"Ketiga, dia bersumpah Wallahi Wabillahi Watallahi sekiranya lompat atau meninggalkan parti, dia akan dilaknat Allah, malaikat dan para pelaknat.. ini ikrar yang diucap secara sedar setiap orang (calon)," terang Tuan Ibrahim sambil mengingatkan semua bekas wakil rakyat berkenaan memahami implikasi sumpah berkenaan.             
Oleh Shuhaniza Said
Sumber Link

8 comments:

Anonymous said...

Itu kita serah pada Allah. Allah maha adil, maha pangasih lagi maha penyayang. Kipidap AMANAH. Tak yah pusing2, pening2.

Anonymous said...

Tuan kedepan boleh dikaji semula ttg baiah ini krn ia spt merendahkan martabat kaum wanita.baiah harta sj tak boleh biar bangkrap.lgpun hal perkahwinan yg suci boleh ke dibuat pertaruhan untuk politik.tanya aje sbb sy bkn org yg arif dlm agama.

Anonymous said...

Parti PAS ni Parti Bodoh. Keldai lagi lebih cerdik daripada geng2 ini. Bodoh punya parti buat malu kaum wanita dan agama.

Fatwa BODOH macam ni hanya laku pada zaman batu........ zaman ini zaman orang boleh berfikir. Ini bukan zaman KOLOT...... BUKAN ZAMAN DINASOR.

PAS boleh gulung tikar... tak payahlah jadi parti politik. Jadi NGO cukup. Yang memimpin pula jadi juru nikah cukup.

Anonymous said...

Apakah PAS tidak malu dengan bangsa asing yang bukan beragama islam mengadaikan isteri hanya semata-mata untuk mendapat kuasa dunia sekarang telah benarlah wajah sebenar PAS yang sesat sesesatnya mendakwa berjuang untuk islam tapi maruah dan harga diri kaum hawa diperdagangkan adakah PAS hendak balik semula ke zaman jahillah yang memperdagangkan perewmpuan sebagai temapt memuaskan hawa nafsu sahaja ,tak hairanlah jika kita dapat lihat pak sereban kebanyakan punyai empat bini,munkin untuk bai'ah satu persatu jika perlu.Na'uzubillah hizaa lik.

Anonymous said...

Bab laknat tu antara dia dgn Tuhan, jawab sendiri, tanggung sendiri,
tp bab talak tu dah melibatkan org lain, isteri dia, kena gi check kat mahkamah syariah.
Talak ni gurau pun jadik, inikan lg siap dgn bersumpah atas Nama Tuhan. Kalau mmg jatuh, dan masih bersekedudukan, penguatkuasa agama boleh ambik tindakan.

Anonymous said...

PARTI PAS memperjuangkan Islam konon,barisan pemimpin sekarang tidak ada minda langsung hanya memutar belit ayat2 QURAN.PARTI PAS tidak pernah menyumbang apa2 terhahap manusia sejagat dari dahulu hingga sekarang.Tengoklah Negeri Kelantan hanya dapat buat budu dan kerupok lekor sahaja lain tarak.malulah.

Anonymous said...

Kelak biar saja la cerita hatta tu pak itu antara dia dgn Tuhan la.penyokong parti kuali kat atas ni cakap ikut sedap mulut.jika pas tu tak guna dr dulu tak ada lah lahirnya pemimpin kamu yang telah berpaling tadah dari pas itu.pas wujud utk menegakkan islam
Dan menentang kezaliman spt umno.kalau bkn krn pas parti kuali kamu tu tak mungkin wujud.pas telah menjalankan amanahnya cuma bila ada antara ahlinya telah mempunyai pemikiran yang lain maka pas telah dikutuk pula.kamu mungkin org muda yang tak tahu perjuangan pas tahu tahu saja kamu nak mengikut kata dap.sedarlah entah entah kjpun lebih baik dari kamu

Anonymous said...

Ustaz ustaz nak jugak kemewahan mulut cakap lain hati siapa yang tahu, tapi kalau nak tahu jugak tengok perangai, pertuturan mereka dan keberadaan diorang sekarang, siapa nak susah susah zaman sekarang, zaman dajjal laknatullah
Hilang Ahli pasal angkara diorang jugak tapi masih tak mengaku kesalahan, pasal keegoan, keangkuhan dah menguasai diri merasa diri penuh ilmu agama tapi tak pandai merendah diri.Tengok stail diorang sekarang action melampau

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails