Thursday, September 03, 2015

Khalid, Dr Mariah Bayar Kafarah Esok.

Dua ahli parlimen PAS yang menyertai parti baru - setakat ini dikenali sebagai Parti Amanah Nasional (AMANAH) - akan membayar kafarah dengan menjamu golongan fakir miskin di Shah Alam esok.
Mereka ialah Khalid Samad (Shah Alam) dan Dr Mariah Mahmud (Kota Raja).
Bercakap dalam sidang media di Shah Alam hari ini, Khalid berkata, mereka mengambil tindakan itu kerana meyakini "Allah Maha Adil dan Maha Mengetahui".
Adik kepada Ahli Parlimen Johor Bahru itu berkata, mereka melanggar baiah yang dilafazkan ketika menjadi calon untuk PAS sebelum ini bukan atas sebab kepentingan peribadi.
"Justeru, kita berani buat," katanya.
Khalid berkata seramai 100 orang fakir miskin akan dihidangkan dengan nasi beriani kambing di Dewan Merbau Seksyen 17 Shah Alam, malam esok.
Isu baiah diperkatakan apabila sebelum ini PAS mewajibkan semua calon mewakili parti itu dalam pilihan raya mengucapkan ikrar untuk taat.
Ikrar itu dianggap dilanggar apabila mereka memilih untuk menyertai parti lain dan keahlian dalam PAS tergugur secara automatik.
Mengulas lanjut, Khalid juga menyatakan baiah yang dibuat oleh Ahli Parlimen Kuala Krai, Dr Hatta Ramli dan talak tiga yang dikenakan terhadap isterinya juga tidak sah.
Katanya, Hatta memberitahu bahawa beliau dipaksa untuk membaca baiah yang dibuat oleh PAS Kelantan itu, selain hanya mengikut arahan sahaja.
"Pendirian Hatta, baiah ini tidak sah. Dia tidak terkesan dalam soal itu, bahkan kita juga rasa amat pelik apabila mahkamah syariah telah menjatuhkan hukum sebelum mendengar hujah Dr Hatta," katanya. (MK)

8 comments:

Anonymous said...

Kesian tengok PARTI PAS sunggoh malang nasib mu mendapat barisan pemimpin2 yang terlampau bijak mempunyai otak diatas kepala dan dikepala lutut .Buatlah perkara2 yang mendatang faedah untuk bangsa melayu bukan untuk memalu kan bangsa melayu.Dahlah tak dapat menyumbang apa2 terhadap kemaknusiaan dan kpd manusia sejagat buat lah program2 yg bolih mendapat sambutan raayat dan memulih prestasi parti yang menhadapi kemorosotan.

bat8 said...

Tuan Haji

Sejak Almarhum TGNA pergi meninggalkan kita, sedih hati melihat permainan politik kelas budak tadika kemas sekarang. Lebih memedihkan hati bagai dihiris-hiris dgn pisau apabila melihat mereka yang bertaraf ulamak menjual ugama kerana xtahu berpolitik.

Saya menjadi penyokong PAS selama 40 tahun, sejak dibangku sekolah lagi. Saya berhak untuk berasa sedih. Dengan hati yang menangis hiba, saya melangkah meninggalkan PAS. PAS hari ini bukan PAS yang saya kenal dulu walaupun dulu PAS menghadapi masalah yang jauh lebih besar. Tetapi pertelingkahan dulu diatas prinsip halatuju politik bukan seperti sekarang. Sekarang cerita mudahnya, ada segelintir ulamak mahu menjadikan PAS sebagai jembatan untuk mencari kesenangan dunia sampai sangguo menggunakan ugama. Guna ugama macamana? Tengok isu hudud sudah lam Sebelum pemilihan Hudud dicanang sebagai perintah Allah yang xboleh ditangguh lagi. Mereka sanggup berkorban apa sahaja agar dapat melaksanakan hudud. Bila dah menang dan berjaya menghapuskan puak yang selama ini menghalang mereka HUDUD TERUS DISENYAPKAN! RUPANYA PLAN YANG ADA UNTUK HUDUD HANYA SETAKAT MENANG DALAM P3MILIHAN JE...

Anonymous said...

Aku ok je.. maybe korg je yg ada perasaan cmtu.. ulamak mencari kesenangan dunia?? Mengingau ke ko?? Kalau dh tkmoh blah je la.. tk r7gi pun ada org cm ko dlm jemaah.. asyik mengadu domba je keje.. kalau kt office, aku kategorikan korg ni jenis talam dua muka.. mmg aku tk bagi peluang nk bodek2 aku.. phuii

Anonymous said...

Maknanya Nik Aziz bukanlah ulamak. Tuan Guru mungkinlah. Hari ni jelas kami boleh nampak macamana kelakuan anak2 murid dan jemaah Pas tinggalan beliau. Bergaduh, mengadu domba, berpecah, tuduh menuduh sesama ahli. Tak nampak langsung ciri keislaman. Jauh sekali nak menegakkan hukum islam. Hukum pun boleh main tebus pakai duit nak sucikan dosa. Terang2 Pas mempersenda dan memperolok2 hukum Allah. Adun2 Pas ghb semua menunjukkan bahwa dunia lagi baik dari menjaga dan mempertahankan hukum Allah Taala. 
Korang kutuk org lain tunjuk bontot, nampak lurah, berlakon blue tak Islamic. Tapi koranglah manusia yg terang2 menghina Islam dan hukum2 Allah.

pas kodiang said...

Sumpah dan Baiah

Bahawa saya .................. berikrar untuk patuh kepada hukum Allah dan rasul-Nya dan patuh kepada arahan pucuk pimpinan parti yang tidak bercanggah dengan ajaran Islam.

Dan bahawa saya bersumpah dengan nama Allah, WALLAHI WABILLAHI WATALLAHI sekiranya saya meninggalkan atau melompat ke parti lain dengan kerelaan saya sendiri setelah terpilih menjadi ahli dewan negeri/dewan rakyat, maka tertalaklah isteri/isteri-isteri saya dengan tiga talak dan segala perbelanjaan saya dengan menggunakan wang elaun ahli dewan tersebut adalah haram.

Dan bahawa saya juga bersumpah dengan nama Allah WALLAHI WABILLAHI WATALLAHI untuk meletakkan jawatan dari menjadi ahli dewan negeri/dewan rakyat tersebut apabila saya keluar atau dipecat dari parti.

+++++++fatwa dari mufti Penang bahawa Ta'liq tersebut tidak jatuh, tetapi penghujahannya sangat tidak konsisten justeru ia mengaitkan dengan Qasam Mulgha (sumpah diabaikan) kemudian cara keluarnya ialah sembelih kambing. Kalau Qasam Mulgha, mana ada perlu sembelih kambing? Sembelih kambing kalau kes Qasam Haqiqi khususnya apabila melibatkan Nazar, bukan Qasam mulgha. lagi satu, saya tengok tulisan tersebut agak keliru sebab beliau tidak dapat bezakan antara Baiah, Ta'liq, Qasam (sumpah) dan Nazar. Awas juga mereka yang nukilkan daripada Dr Yusof Qardhawi sebab saya dah cek fatwanya, ia adalah Non-Sequitur (غير في محل النزاع).+++++++++

Anonymous said...

Dan telatah kaum munafik itu menjadikan orang-orang yang beriman berkata: 
Adakah mereka ini orang-orang yang bersumpah dengan nama Allah, dengan sebenar-benar sumpahnya, bahawa mereka benar-benar menyertai dan menolong kamu?
Telah gugurlah amal-amal mereka, lalu menjadilah mereka orang-orang yang rugi.

Anonymous said...

Tidakkah engkau melihat bagaimana jahatnya orang-orang yang bersahabat karib dengan kaum yang telah dimurkai Allah dengan sebab kekufuran dan khianatnya? Mereka itu bukanlah dari golongan kami dan kami bukan pula dari golongan kaum yang tersebut itu kerana mereka ialah golongan munafik dan lagi mereka selalu bersumpah dengan dusta, sedang mereka mengetahui bahawa mereka adalah berdusta.

Anonymous said...

Dan janganlah kamu ikuti setiap orang yang banyak bersumpah lagi hina.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails