Monday, October 05, 2015

Majlis Kuih Bulan: Tidak Semua Cina Sokong DAP

Tidak semua sokong DAP Anak-anak masyarakat Cina kelihatan ceria ketika menerima agihan tanglung daripada Che Abdullah pada Majlis Penyampaian Kuih Bulan Kepada Masyarakat Tionghoa Dun Wakaf Bharu, kelmarin.


TUMPAT – Pas masih mempunyai sokongan daripada pengundi-pengundi kaum Cina walaupun parti itu tidak menyertai Pakatan Harapan yang dibarisi PKR, DAP dan Parti Amanah.

Setiausaha Pas Kelantan, Datuk Che Abdullah Mat Nawi yakin bukan semua pengundi dalam kalangan kaum Cina menyokong DAP, sebaliknya masih ramai yang menyokong Pas terutama di Kelantan. 



Beliau berkata, sambutan diberikan masyarakat Cina melalui jumlah kehadiran pada Majlis Penyampaian Kuih Bulan Kepada Masyarakat Tionghoa Dun Wakaf Bharu di Kampung Kulim, dekat sini, kelmarin menguatkan lagi keyakinan itu. 


"Kita yakin sokongan pengundi Cina kepada Pas tidak berbelah bahagi walaupun dalam suasana berkecamuk hari ini. Masyarakat Cina di Kelantan masih beri sokongan kepada Pas. 
"Melihat kepada sokongan masyarakat Tionghoa pada program agihan kuih bulan ini, saya yakin mereka masih bersama-sama Pas. Mereka keluar beramai-ramai memeriahkan majlis ini," katanya. 

Tambahnya, masyarakat Cina di negeri ini masih memberi sokongan kepada Pas kerana rekod pentadbiran yang cukup baik termasuk dalam aspek perhubungan dengan masyarakat Cina. 

"Ketika peristiwa 13 Mei 1969...ketika itu Kelantan ditadbir oleh Pas. Masa itu kita tak ada kerjasama dengan DAP...Pas bersendirian. Tetapi dapat kawal dengan cara kepimpinan agar tak berlaku pertumpahan darah di negeri ini. 
"Kita jaga keselamatan rakyat atas tuntutan agama...kita (Pas) jalankan tanggungjawab kerana ALLAH SWT," katanya yang menyampaikan kuih bulan kepada kira-kira 500 masyarakat Tionghoa dan tanglung kepada kanak-kanak pada majlis berkenaan. 

Pas mengambil keputusan memutuskan hubungan dengan DAP pada muktamar tahunannya, Jun lalu, dan enggan menyertai gabungan baharu pembangkang bagi membentuk Pakatan Harapan pada September lalu. (SH)

3 comments:

Anonymous said...

Bagi2 mcm tu pun nak menunjuk...siap berpossong...ha4
Lu pikir lah sendiri..


Anonymous said...

knp ada salah kot mana

Anonymous said...

Tidak semua Cina sokong DAP, tapi majoriti yg sokong DAP & sokong PAS, PKR atas dasar Pakatan Rakyat.

Tidak semua Melayu sokong PAS.. kat Kelantan PRU 13 PAS dapat undi Melayu sekitar majoriti 5 - 10 peratus saja.

"ni laa orey panggel kkcek ikot sedak mulot, kkecek bodow serupo orey mabok buduu"

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails