Saturday, October 03, 2015

Pas Tak Tarik Diri, Hanya PR Terpakai Di S'gor, Bukan Pakatan Harapan.


SHAH ALAM – “Pas Selangor tidak akan menarik diri daripada kerajaan Selangor,” demikian pendirian Timbalan Pesuruhjaya 2 Pas Selangor, Shafie Ngah yang dinyatakan kepada Sinar Harian semalam.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas berhubung kenyataan Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali yang menyerahkan kepada Pas untuk menentukan pendirian sama ada mahu keluar atau kekal dalam pakatan kerajaan Selangor.

Beliau yang juga Adun Bangi berkata, Pas tidak boleh menarik diri memandangkan wakil rakyat Pas mempunyai tanggungjawab besar melaksanakan mandat rakyat.

“Kami dipilih rakyat pada pilihan raya lalu sehingga kami berjaya membentuk sebuah kerajaan yang baik dalam Pakatan Rakyat (PR) sekali gus memberi kebajikan kepada semua rakyat.
“Pas Selangor percaya mana-mana parti di negeri ini tidak boleh mentadbir secara bersendirian kecuali menerusi kerjasama antara satu sama lain,” katanya.

Mengulas kenyataan Ketua Dewan Ulama, Datuk Dr Mahfodz Mohamed yang bersedia untuk mempertimbangkan keputusan keluar dari pakatan kerajaan Selangor, Shafei berkata, keputusan perlu dibuat secara kolektif dan pandangan Pas Selangor biasanya turut diambil kira.

“Buat masa ini Dewan belum buat sebarang keputusan, jadi saya tak boleh nak ulas lebih lanjut perkara itu,” katanya.

Dalam pada itu, Setiausaha Pas Selangor, Mohd Khairuddin Othman turut menegaskan yang Pas Selangor tidak akan goyah dengan Pakatan Harapan.
Menurutnya, PR masih terpakai di Selangor sepertimana yang dinyatakan Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali sebelum ini.

“Kami terima baik pandangan beliau (Mohamed Azmin) yang mengatakan hanya PR terpakai di Selangor, bukannya Pakatan Harapan.
“Justeru itu, Pas Selangor akan terus menjalankan tugas seperti biasa termasuk berbincang dengan rakan PKR dan DAP dalam urusan hal ehwal kerajaan di negeri ini,” katanya.  - Sinar Harian

6 comments:

Anonymous said...

Tarik diri buka alasan adanya Pakatan harapan tetapi menghormati keputusan syura ulamak yang memtuskan dengan DAP ,dan juga lain keputusan dari semua ulamak Pas yang menhramkan bersama DAP ,jadi untuk maruar Pas dan ulamak sila lah lari jauh dari DAP di Selangor ni .Tunggu apa lagi? tunggu sebab jawatan? tunggu sebab elaun? itu adalah ujian sahaja.malu kamu sekelian pada bangsa cina DAP ,secara tak sedra kamu sekelian duduk dibawah punggung DAP .muak dibawah buntut.HINA

Unknown said...

kalau ada maruah diri orang pas sila letak jawatan dalam kerajaan negeri selangor.

Anonymous said...

Kadang2 memang susah nak faham perangai orang Pas nih. Tak de lain la tu, sayang duit, si Azmin pulak pelahap nak terus jadi MB. Itulah yg kami nampak dari luar. Meluat sungguh

Anonymous said...

Pas selangor dah gila. Gila pangkat gaji dan elaun. Msu dah putus haram berpakat dgn dap. Exco pas selangor tk reti bahasa. Tiada maruah. Rakyat dok tengok. Din ayang pun kerja lagi dgn glc selangor. Rm20k sebulan masok. Manyak oooii. Maruah tolak tepi. Janji masyuk. Itulah dunia yg landa PASCHAI. Hahaha

Anonymous said...

Yang gila tu yang melompat-lompat.... Atau hampir gila bila paksa PAS keluar dari pakatan rakyat... Kalau korang jer yang keluar amacam... Ada brani???

Anonymous said...

Ulamak chai dah putus dgn dap. Pas selangor kena walak dgn presideng n ulamak. Jgn perintah selangor bersama dap. Haram hukumnye. Pelik dan bodoh ulamak chai. Ini pun tk boleh pikir. Sbb sayang gaji n elaun exco n glc. Duit segalanye. Itulah punca tk mau resign exco. Dlm kitab mmg haram pakat dgn dap. Uwekkk pas selangor

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails