Sunday, September 27, 2015

Kanye West Mahu Jadi Presiden AS


HALAMAN HIBURAN
WASHINGTON: Penyanyi rap dan pereka fesyen, Kanye West (gambar atas)mengesahkan akan menyertai dunia politik den–gan menjadi calon Presiden Amerika Syarikat (AS) menjelang pilihan raya tahun 2020.
 
Dia menegaskan bahawa hasrat itu yang di–sebutnya semasa ditemu bual pada majlis Anugerah Video Music MTV bulan lalu bukan suatu jenaka.
 
"Saya mempunyai masa lima tahun bagi menguruskan pejabat, melakukan penyelidikan dan bersiap sedia. Rancangan itu akan berjalan pada 2020," ujar West.
Pidato yang diberikan Kanye West semasa tampil di MTV Video Music Awards 2015 memang mengejutkan. Kanye tiba-tiba mengumumkan sebagai calon presiden AS 2020.
 
Dia berkata demikian kepada akhbar Vanity Fair selepas pertunjukan Minggu Fesyen New York minggu lalu. West turut menyifatkan ahli politik kulit hitam, Ben Carson dari Parti Republikan yang mengumumkan untuk bertanding bagi presiden AS tahun 2016 sebagai seorang yang amat bijak.
 
"Saya telah mencuba selama tiga minggu menghubungi beliau melalui telefon," katanya yang mengakui peminat kepada pemimpin itu.
 
Dalam pada itu, West turut menunjukkan sokongannya kepada Hillary Clinton dan pernah menghadiri salah satu acara mengumpul dana dan merakamkan sekeping gambar selfie bersama calon Parti Demokrat tersebut.
 
West bagaimanapun berkata, keutamaannya pada masa kini ialah kepada anaknya, North serta isteri yang juga merupakan personaliti televisyen, Kim Kardashian yang kini mengandung anak kedua sebelum diikuti dengan bidang muzik dan kerjaya fesyen. – AGENSI

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails