Friday, October 02, 2015

3,343 Kes Keganasan Rumah Tangga Jan-Ogos. Mengapa?

PUTRAJAYA – Seba­nyak 3,343 kes keganasan rumah tangga dilaporkan bagi tempoh Januari hingga Ogos tahun ini dengan 2,528 kes melibatkan wa­nita.
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Abdul Karim berkata, berdasarkan statistik Polis Diraja Malaysia (PDRM), sepanjang tempoh lapan bulan pertama tahun ini, sebanyak 1,127 orang menjadi mang­sa keganasan rumah tangga berumur antara 26 hingga 35 tahun.
Katanya, mereka yang berumur 36 hingga 45 tahun pula mencatatkan 750 kes, bawah 25 tahun (615), 46 hingga 59 tahun (572) dan warga emas 60 tahun ke atas (279).
“Punca keganasan berlaku adalah perselisihan faham yang menca­tatkan bilangan ter­tinggi iaitu 2,511 kes, ugutan (339), masalah wang (192), masalah anak (90) dan mabuk (84).
“Sebenarnya banyak lagi kes keganasan rumah tangga tidak dilaporkan kerana pelaku berasa tindakan mereka tidak mengasari atau mengganas sebaliknya ia adalah satu tanggungjawab untuk mendidik isteri,” katanya pada sidang akhbar selepas me­lancarkan Kempen 90 Hari Menangani Keganasan Terhadap Wanita 2015 di sini semalam.
Mengapa?
Wanita itu adalah 'tiang seri' rumahangga. Kalau rumah itu roboh atau rosak dimakan anai-anai, siasatlah tiang serinya. Menteri Pembangunan Wanita kena selidki itu, jalan penyelesaian terbaiknya, ialah kembali kepada hidup berkeluarga secara Islam. Insya Allah, al-hamdulillah! (IH)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails